Sebut sahaja ‘gadis cendol’ pasti ramai yang kenal dengan gadis bernama Nija yang baru-baru ini telah viral di media sosial kerana lapar dan teringin makan cendol.

Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen termasuk para selebriti dan ramai yang membuat parodi video ini dan berkongsi di media sosial masing-masing.

Kali ini sekali lagi Nija menarik perhatian MH apabila dia kini tampail dalam sebuah muzik video penyanyi daripada negara jiran, Indonesia iaitu Gabe Wely menerusi lagu berjudul ‘OK OK OK’.

Jom MH share dengan korang muzik video tersebut.

IKLAN

Wah semakin hebat Nija sekarang! Betul lah orang kata kuasa viral ni memang boleh mengubah hidup seseorang.

Namun begitu ada juga segelintir netizen berkata, kemunculan Nija dalam muzik video ini hanyalah sekadar untuk menaikkan views dan marketing stratergi sahaja.

IKLAN

Ai Wahida: Apa laaa masalah dorang ni. Biarlaaa kalau ada awek cendol ni sekalipun. Dia tak ada kacau orang punn ?. Ni namanya marketing. Bijak dorang! hahaha. Btw nice lagu ni. Penuh dgn nasihat ??

dina sofia: Mesti korang tertanya2 kenapa ada minah cendol tu kn? Sbb diaorg nk naik kn views je..

IKLAN

JustMeTheRealMedil XOXO: Nice marketing MV ni ada awek cendol HAHAHAHA

Apapun bagi MH ini semua adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT kepada Nija. Janganlah kita bersifat dengki terhadapnya dengan terus menerus meleparkan kecaman terhadap dirinya. MH doakan agar Nija diberikan rezeki berlipat kali ganda lagi selepas ini.

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI