Alamak! Sekarang ini memang bulan ‘break-up’ kah?

Kalau sebelum ini pasangan Liam Payne dan Cheryl mengumumkan perpisahan mereka, kini pasangan ‘sweet’ Halsey dan G-Eazy pula yang memberikan khabar sedih itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Halsey menerusi insta storynya.

 

IKLAN

“Selalunya saya akan merahsiakan perkara ini namun saya merasakan bahawa peminat saya perlu diberitahu mengenai perkara ini.

“Saya dan G-Eazy kini memberikan masa untuk diri masing-masing. Saya juga teruja untuk meneruskan perjalanan hidup saya khas untuk diri sendiri dan fokus pada karier dan juga seni saya.

“Saya mendoakan yang terbaik buat dia (G-Eazy). Terima kasih kerana memberikan kami privasi,” tulisnya.

G-Easy, Halsey Pula Berpisah Selepas Setahun Bersama

Pasangan tersebut dikhabarkan mula bercinta sejak setahun lalu dan Pasangan duo itu juga turut muncul dengan single hit mereka iaitu Him & I.

IKLAN

Khabar perpisahan mereka itu memang sukar dijangka memandangkan sebelum ini Halsey sering memuat naik foto bersama G-Eazy di laman media sosial miliknya.

IKLAN

G-Easy, Halsey Pula Berpisah Selepas Setahun Bersama

Setakat ini, G-Eazy tidak memberikan apa-apa keterangan mengenai berita perpisahan mereka.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI