Penyanyi remaja popular, Tajul Arif baru sahaja melancarkan single terbarunya bertajuk ‘Hasrita’ beberapa hari yang lalu.

MH pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa single baru Tajul ini bertajuk Hasrita, adakah Hasrita di dalam lagu itu adalah penyanyi, Wany Hasrita kerana penyanyi ini juga mempunyai nama yang sama seperti tajuk lagu tersebut.

Sempat MH meninjau di Youtube untuk menonton muzik video lagu Hasrita ini dan apa yang MH dapati adalah di ruang komen, ramai yang mempersoalkan tentang tajuk lagu tersebut.

Walau bagaimanapun, MH terlihat Tajul juga turut meninggalkan komen dan meminta untuk semua peminatnya tidak salah faham dengan tajuk lagu itu kerana dia hanya menjalankan tugas sebagai penyanyi.

Tambahnya lagi, lagu tersebut bukan hasil ciptaannya dan dia hanya menyanyikan lagu itu sahaja.

IKLAN

Adik kepada penyanyi, arwah Achik Spin ini juga berharap agar peminat tidak mengecam dirinya.

Fuh, Nama Lagu Baru Tajul ‘Hasrita’, Ada Apa-apa Ke? Ini Penjelasan  Win Daripada Tajul

IKLAN

Dalam pada itu, menerusi laporan Mstar Online yang berjaya menemubual penyanyi ini, Tajul menjawab persoalan tentang nama Hasrita yang digunakan sebagai tajuk lagu tersebut.

Penyanyi ini berkata, dia hanya mengikut plan yang sudah ditentukan oleh syarikat rakamannya, FMC Music dan dia tidak mempunyai sebarang komen tentang tajuk lagu single terbarunya.

IKLAN

Baginya, lagu ini tiada kena mengena dengan Wany Hasrita kerana dia hanya menjalankan tugasnya sahaja.

Apapun untuk korang yang masih belum dengar lagi lagu terbaru dari Tajul berjudul Hasrita ini, jom MH nak ajak korang layan lagu Hasrita!

Sumber: Youtube & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI