Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa pelakon wanita, Fouziah Gous baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 9 November yang lalu kira-kira jam 8.15 malam dan bayi keduanya ini dilahirkan secara normal dengan berat 3.04 kilogram.

Semalam Fouziah telah memperkenalkan cahaya mata keduanya ini kepada orang ramai menerusi akaun Instagramnya.

“السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang,

 

Dengan Lafaz *
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ *

 

Saya ingin memperkenalkan our new Bundle of Joy.
*
His name is Zaheen Yusuf bin Md Zhafran. picture ni di ambil sewaktu pertama kali saya mendukung Zaheen di Nursery selepas keluar labour room ?.. Dengan ini,Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan dari kalian semua.. syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ saya & Zaheen sihat walafiat.. Berat Zaheen 3.04kg tapi mungkin sekarang ni berat Zaheen dah naik di sebabkan kuat minum susu setiap jam tanpa henti?.. Mommy nak minta maaf sbb lambat share picture Zaheen sebab sibuk sangat sampai takde masa nak ber ‘caption’ almaklumlah dah ada anak 2.. payah juga nak adapt dgn situasi baru ni.. nak jaga hati abang Zeeshan lagi..Tidak mudah tapi sangat bahagia. Alhamdulilah rezeki Allah yg tiada nilainya di dunia… nanti saya kongsi kan picture Zaheen yg lain.. Some picture i will upload @zhafoujr .. #zhafoujr2 #mzzy,” tulis Fouziah.

Geram MH melihat kecomelan Zaheen Yusuf ni, rata-rata pengikut Fouziah juga turut teruja melihat bayi kecil ini dan mendoakan yang baik-baik buat Zaheen.

sozayman: Mashallah! He is such a bundle of joy!.. will drop by soon!.. kids are unwell so don’t want to pass the bug ?

IKLAN

noornadiaashari: Subhanallah!! Alhamdulillah… Baby dah pandai pandang mommy… ?????

lamamma_hululangat: Tahniah @fouziahgous n SuAmi.. Moga zaheen jadi anak yang soleh buat mommy daddy??

putri.iqbal.aufa: Penyejuk hati mummy @fouziahgous hehe….membesar dgn sihat ye…?

IKLAN

MH doakan agar Zaheen membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk ibu dan bapanya.

Terdahulu, Fouziah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Md Zhafran Md Yusof hanya dengan sekali lafaz pada 21 September 2013.

IKLAN

Fouziah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran RM50,000 daripada suami tercinta.

Pada November 2015, pasangan ini telah menimang cahaya mata lelaki pertama yang diberi nama, Muhammad Zeeshan.

Kini Zeeshan sudah berusia 2 tahun dan sudah bergelar abang kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan, Zaheen Yusof.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI