Foto Terbaring Tak Bermaya Di Katil Hospital Diperkata, Fans Mulai ‘Speku’ Eyra Hazali Hamil

Share

Beberapa hari lalu, ada peminat yang terkejut dengan sekeping foto yang merakamkan pelakon, Eyra Hazali terlantar di katil hospital sebagaimana yang dikongsikan menerusi kemas kini Instagram peminat mereka.

Terdahulu, pasangan muda ini mendirikan rumah tangga kira-kira lebih dua bulan lalu.

Serentak dengan perkongsian foto berkenaan, ada yang memberi pesan buat bintang Mr.Grey itu agar lekas sembuh.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi bayangan situasi yang dihadapi Eyra itu adalah bayangan dirinya sedang hamil.

Bagaimanapun, entri berkenaan tidak pula memberi perincian lanjut mengenai status kesihatan pelakon tersebut.

Terdahulu, Eyra dan Haziq yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Foto: Instagram Haziq x Eyra & Eyra Hazali

IKLAN