“Foto Paling ‘Hazab, Aib’,” – Barisan Artis Kita Sahut Cabaran #UntilTomorrow, Neelofa Punya Memang Another Level!

Share

Ketika ini, rata-rata warga maya teruja dengan cabaran baru di media sosial, #untiltomorrow atau #onlyuntiltomorrow yang memerlukan pengguna akaun yang menyahut cabaran tersebut perlu memuat naik foto atau video yang dirasakan paling pelik atau lucu mengenai mereka.

Etika cabaran ini ialah, kepada mana-mana pengguna akauan yang menekan tanda suka pada foto yang tertera #untiltomorrow, mereka akan diberikan teks yang meminta mereka untuk melakukan hal sama di akauan masing-masing, khasnya di Instagram.

Bagaimanapun, entri yang dimuat naik boleh dipadam pemilik selepas 24jam dikongsi.

Lalu, para selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyahut cabaran sebagai mengisi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Jom kita stalk foto #untiltomorrow mana yang paling win!

Foto: Instagram Selebriti

IKLAN