Berkongsi rakaman video sewaktu mengunjungi Muzium Hantu di Pulau Pinang, Alif Satar secara berseloroh menyatakan terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk ‘menjadi’ hantu.
Menurut petugas Muzium Hantu, pontianak merupakan wanita yang mati ketika hamil anak pertama dan kandungannya ketika itu berusia bawah tiga bulan.
Tambahnya lagi, kisah Pontianak sengaja diadakan pada zaman dahulu bagi memberi pedoman kepada ibu mengandung agar menjaga pemakanan dan kesihatan.
“Ada spesifikasi untuk menjadi hantu. Kelayakan untuk menjadi Pontianak,” jelasnya menerusi video tersebut sambil ketawa.
“Guys.. sambil lunch tu,jemput semua tengok hantu..dan kenali spec hantu anda. Melayu ke, cina ke, india ke.. kita kan Hantu Malaysia. 2nd part first episode Penang.
“Okay, honestly.. muzium hantu kat Penang ni a must go. FULL VIDEO ON YOUTUBE CHANNEL!” jelasnya.
Pasangan suami isteri, Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana mengumumkan berita gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung.
Perkara itu dikongsikan Dayana yang popular dengan drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit di Instagramnya apabila dia berkongsi foto ultra sound kandungannya.
“Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu).
“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik.
“Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat.
“Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian,” tulisnya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.