ukan selebriti, namun kata-kata muhasabah diri yang sentiasa dikongsi cukup memberi inspirasi, termasuk selebriti.

Sentiasa audit diri dan lihat kebaikan insan lain sebelum menghukum membuatkan setiap bait kata Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad sentiasa tepat jadi panduan.

Namun siapa sangka di sebalik trademark husnuzon, wanita cekal ini punya kisah sedih yang cukup terkesan di hati.

Kongsi Prof Muhaya menerusi live Facebook, ibu bapanya bercerai tatkala dia bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ibu bapa saya bercerai sewaktu saya ingin mengambil peperiksaan SPM lagi tiga bulan. Memang diakui saya tertekan, namun saya tak mahu menjadi mangsa keadaan. Bayangkan saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dan tiba-tiba dapat tahu mereka bercerai.

IKLAN

“Saya tidak mahu meratap kesedihan dan terlalu emosi. Kalau terlalu ikutkan perasaan dan gagal dalam peperiksaan, siapa yang akan tolong saya.

“Jadi tak apalah sekiranya ibu bapa saya bercerai. Saya harus belajar dan buktikan saya mampu berjaya. Saya tidak mahu gagal kerana tidak mahu ibu bapa saya ditertawakan,” kongsinya.

Malah, proses kehidupan selepas fasa perceraian ibu bapa menjadi satu titik tolak kepada kejayaannya hari ini. Tegasnya, pasangan yang bercerai usah sesekali bercerita keburukan pasangan di hadapan anak-anak.

IKLAN

Formula apabila berlaku perceraian, jangan sesekali memburukkan pasangan. Saya pernah bertanya kepada ibu, dan ibu katakan apa yang berlaku adalah salahnya kerana tidak mengikut kata suami. Pada waktu itu, saya masih bersekolah dan ibu pula berniaga.

“Kata ibu, dia yang bersalah dan kerana itu bapa berkahwin lain.

“Bapa pula jelaskan kepada saya, sekiranya dia tidak berkahwin, dia akan terjerumus dalam maksiat. Saya terima penjelasan itu. Kalau ikutkan memang tertekan namun kami berbicara dari hati ke hati sebagai orang matang dan dia hormat saya sebagai anak.

IKLAN

“Malah bapa selalu memuji ibu dan mengatakan ibu adalah ahli syurga. Saya bersyukur kerana walaupun selepas bercerai, hubungan mereka masih baik,” kata ahli motivasi ini mengimbau kembali memori lalu.

Pakar bedah mata ini turut memberi tips untuk anak lebih bijak dengan menjalin hubungan akrab dengan bapa seperti yang dilakukan oleh orang tuanya dahulu.

Kalau inginkan anak cerdik, bina hubungan yang baik dengan bapa. Ambil peluang tidur dengan anak, bacakan bedtime story. Puji dan beri keyakinan kerana itu yang akan menjadikan dia pada masa hadapan.

“Anak-anak seperti span jadi kita sebagai ibu bapa harus programkan dia sebaiknya,” jelasnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI