Susulan kontroversi dan dakwaan mempersenda agama lain, Astro Audio menyambut baik keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tidak menggantung lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Maestra adalah badan yang menguruskan tiga stesen radio iaitu Era, Mix FM dan Melody FM.

Dalam pada itu, Astro Audio turut mengambil maklum mengenai kompaun berjumlah RM250,000 yang dikenakan bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok stesen radio berkenaan.

“Fokus Kami Kini Membina Semula Kepercayaan,” – Maestra Dikompaun RM250,000, Lesen Era FM Tidak Digantung

“Astro Audio mengambil maklum mengenai kompaun sebanyak RM250,000 yang dikenakan ke atas Maestra hari ini dan akan berhubung terus dengan SKMM terkait hal ini,” katanya menerus satu kenyataan media.

Ads

Astro Akui Kesilapan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith berkata, pihaknya mengakui kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini dan akan lebih peka dengan sensitiviti masyarakat.

“Fokus Kami Kini Membina Semula Kepercayaan,” – Maestra Dikompaun RM250,000, Lesen Era FM Tidak Digantung

“Kami di Astro Audio sangat berbangga dengan perkhidmatan yang disediakan, digemari oleh individu dan keluarga dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Ads

“Kami kekal komited dalam mengangkat tema kepelbagaian dan perpaduan dalam setiap perkara yang dilakukan serta mengakui betapa besarnya kebimbangan dicetuskan akibat kekhilafan di ERA terhadap sebahagian masyarakat yang dilayani,” katanya.

Tambah Baik Pemilihan Kandungan

Tambahnya, Astro Audio kini akan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan kepercayaan pendengar dan akan menambah baik pemilihan kandungan.

“Fokus Kami Kini Membina Semula Kepercayaan,” – Maestra Dikompaun RM250,000, Lesen Era FM Tidak Digantung

Ads

“Fokus kami kini adalah untuk membina
semula kepercayaan yang telah dipupuk sekian lama oleh ERA bersama para pendengarnya.

“Pada masa yang sama, kami terus memberikan sokongan penuh kepada semua individu terlibat sambil beriltizam untuk berusaha belajar, menambah baik dan memastikan kandungan kami mencerminkan nilai-nilai saling menghormati dan terangkum,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, penyampai radio slot 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi yang didakwa mempersendakan tarian kavadi Hindu.

Vidoeo berkenaan dimuat naik menerusi platform TikTok kemudiannya diturunkan selepas mendapat kritikan pelbagai pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI