“First Time Buat Kek, Cantik Tak?,”- Peminat Puji Nazrief Nazri Bukan Saja Kacak, Tapi Teror Buat Kek!

Share

Baru-baru ini pelakon tampan Nazrief Nazri telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram milikya.

Pelakon yang berusia 27 tahun itu telah berkongsi gambar ketika dia membuat sebiji kek bersama pengikutnya di laman media sosial tersebut.

“First time buat kek hari ni…cantik tak? nak i buatkan kek utk u? @nazrief.official.supporters #jomtengok @salamhd113”tulisnya.

Lantas, gambar yang dikongsi Nazrief telah mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji pelakon yang berasal dari Seremban itu yang dikatakan kacak dan mahir membuat kek.

Wah, bukan sahaja kacak malah mahir membuat kek juga Nazrief ni, bertuah siapa yang dapat memiliki hati pelakon tampan ini.

Foto : Instagram Nazrief Nazri

IKLAN