“First Mengandung Tak Ada Alahan Langsung,”- Mawar Rashid

Share

Pelakon, Mawar Rashid akui bahawa kandungan kali kedua ini membuatkan dirinya cukup mencabar. 

Baginya, ia sangat berbeza berbanding dengan kandungan pertama iaitu Raden Muhammad Rafael. 

Perkara itu dikongsikan finalis Pencarian Dewi Remaja 2015 itu apabila ada individu bertanyakan soalan padanya.

First mengandung tak ada alahan langsung,” tulisnya ringkas.


Terdahulu, Mawar mengumumkan dirinya hamil anak kedua dan mahu memperlahankan aktiviti di media sosial.

Untuk rekod, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.


Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN