KRU Studios telah mengesahkan bahawa mereka akan membuat satu filem animasi terbaru mereka yang bertajuk Wheely, awal tahun depan. Inilah adalah filem animasi kedua KRU, selepas filem pertama mereka, Ribbit pada tahun 2014.

Filem ini sedang dalam fasa pembikinan dan dijangka ditayangkan di 80 negara seperti China, Korea Selatan, Jerman, Mesir, Arab Saudi, United Kingdom dan Poland dan kebanyakan negara tersebut akan mengalih bahasa ke bahasa tempatan mereka.

Namun, Wheely yang mengisahkan tentang kenderaan bermotor, didakwa agak serupa dengan filem Disney, Cars.

“Ya, sebahagiannya diilhamkan oleh filem Disney Cars, tetapi pelakonnya adalah rakyat Malaysia dalam dialog dan cara mereka tersendiri, ” ujar Norman Abdul Halim kepada sebuah akhbar, New Straits Times

Walaupun ia tampak sama, filem animasi 3D itu menggunakan latar belakang bandar Kuala Lumpur yang dipanggil Gasket City yang dikendalikan oleh kereta bukan manusia.

IKLAN

Filem Animasi Terbaru KRU Tiru Filem Animasi Cars?

Filem itu menceritakan kisah teksi bernama Wheely yang ingin menjadi ‘raja jalan raya’ tetapi terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk melindungi orang yang tersayang.

IKLAN

Selain didakwa sama, teksi kuning yang digunakan kelihatan seperti yang kita lihat di New York bukannya teksi di Malaysia, merah dan putih.

Terdapat dua versi filem, iaitu  satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam Bahasa Malaysia untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

IKLAN

“Versi bahasa Inggeris akan menampilkan bakat suara pelakon Amerika, manakala versi Melayu akan menggunakan suara selebriti popular kami,” kata Norman.

Wheely juga akan dikeluarkan sempena ulang tahun ke-25 KRU.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI