Setelah namanya kian dikenali dan rezeki dalam dunia lakonan semakin menjadi-jadi, pelakon baru yang dahulunya salah seorang peserta Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim kini mula dihujani dengan dugaan apabila difitnah oleh orang sekeliling.

Pelakon yang berasal dari Jirta, Kedah ini sempat berkongsi rasa kesalnya bersama MH Online pabila dikatakan sombong dengan orang kelilingnya.

Fikry yang dihubungi sempat bertanya kepada MH Online adakah benar tuduhan ini atau ia hanya sekadar tuduhan melulu?

“Sahaja nak tanya, betul ke? Hmmm tak apa mungkin apa yang jadi ada hikmahnya. Sahaja saya nak refer. Saya kurang tahu hal ni”, katanya pada MH Online melalui aplikasi Whatsapp.

Malah ada pihak yang tergamak mengatakan Fikry punyai sikap suka berangan di set lokasi pengambaran hingga menyebabkan beberapa krew yang terlibat ‘panas hati’ dengannya.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Fikry juga dikatakan mengada-ngada dan kononnya suka buat muka apabila tunggu terlalu lama dalam keadaan panas.

Fikry Ibrahim Jawab Isu Puteri Lilin & Keras Kepala

IKLAN

Walaupun menerima pelbagai tuduhan, Fikry memberitahu dia tidak marah dengan segala tuduhan yang dilemparkan.

IKLAN

Namun biasalah, manusia mana yang tidak terasa hati apabila diperkatakan sebegitu, Fikry cuba memandang perkara ini secara positif.

Malah, Fikry turut meminta sekiranya ada apa-apa kesalahan atau masalah yang ditimbulkan sebaiknya tegurlah dia secara berdepan untuk tidak menggeruhkan lagi keadaan.

“Tak adalah marah mana, cuma terasalah. Sebab benda kita tak buat. Dakwaan terlalu rambang dan tidak logik.

“Tak mungkin saya akan bersikap sebegitu. Saya sedar, dahlah saya ni baru. Hijau lagi, takkanlah saya nak keras kepala macam tu. InsyaAllah tak ada apa-apa,” jelasnya lagi.

Bertabahlah Fikry, beginilah hidup seorang selebriti. Tidak pernah terlepas daripada gosip-gosip liar. MH Online tidak rasa Fikry seorang yang sebegitu. Mungkin kadang-kadang orang tidak sengaja ternilai kita begitu sahaja. Janji Fikry tak buat semua tu kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI