“Feeling Molek Dio,” – Pertama Kali Asif Bawa Watak Serius, Bertalu-Talu Netizen Beri Komen

Share

YouTubers terkenal, Syahmi Sazli ada berkongsi sedutan drama terbaru hasilannya, Drama Serius: Kisah Silam Lelaki (Asif bawa watak serius!) menerusi Instagram.

Katanya, ini kali pertama bintang utama drama spontan, Asif yang membawa watak serius. Malah kali ini, remaja istimewa itu turut berpandukan skrip, berbeza seperti kebiasannya yang dilakukan secara spontan.

“First time Asif berlakon serius/sedih. Feeling molek dio. Kena buat sambungan ke? Siapa belum tgk lagi, boleh tgk di Youtube: Syahmi Sazli,” tulisnya sambil disertakan dengan potongan drama terbabit. 

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata penonton Drama Spontan menyifatkan lakonan Asif yang mendukung watak serius sebagai satu percubaan yang baik.

Bagaimanapun tak kurang yang terhibur dengan lakonan menerusi drama yang sudah pun ditonton hampir 700,000 kali itu.

Sebelum ini, menerusi saluran YouTube sama, Syahmi turut berkongsi drama yang menyaksikan Yoe Parey mendukung watak serius.

Foto: Instagram Syahmi Sazli

IKLAN