Apa Plan Fattzura Bersempena Dengan Majlis Resepsi Khusus Buat Peminat Tersayang 11 Mac Depan?

Wah pasti akan meriah nanti majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, yang sepakat memilih tema tradisional pada majlis resepsi 11 Mac depan yang diadakan khusus buat para peminat dan kenalan.

Terdahulu pada 25 Februari ini, Fattah dan Fazura atau lebih sinonim dengan gelaran Fattzura akan melangsungkan sebuah lagi majlis resepsi yang dikhususkan buat keluarga, jemputan khas dan rakan terdekat.

“Bagi majlis resespi 25 Februari ini, ia akan dibuat secara tertutup atas permintaan keluarga. Sementara untuk majlis 11 Mac depan pula, kami memilih tema tradisional. Selain peminat, saya juga akan mengundang lebih ramai teman untuk menghadiri majlis terbabit. Mengikut perancangan, macam-macam yang kami sudah rancang untuk majlis bersama peminat nanti termasuklah tarian poco-poco dan sebagainya,” jelas Fazura kepada MH.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin ini juga baru selesai menjalani penggambaran untuk filem terbaru arahan Glenn Goei, The Legend of Pontianak. Selain Fazura turut sama berlakon di dalam filem berkenaan ialah Remy Ishak, Namron, Hisyam Hamid, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

“Apa yang boleh saya kongsikan, pengalaman berlakon di dalam filem ini sangat mengujakan dan ia berbeza dengan filem pontianak yang pernah ditayangkan sebelum ini. Competely berbeza dan saya memang teruja setiap kali berada di set penggambaran kerana senarai pelakonnya pun hebat belaka.

 

“Bersyukur dapat bekerjasama menerusi filem ini dan kalau tidak berlakon pun, saya akan kagum dengan jalan ceritanya,” akhiri Fazura yang turut merancang mahu mengadakan persembahan showcace Mac depan. 

Foto: Instagram Fazura

 

IKLAN