Tatkala ini di media sosial ada segelintir pihak yang sering mengaitkan nama pelakon wanita popular, Fazura dengan heronya di dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan membuat spekulasi yang mereka mempunyai hubungan isitmewa.

Spekulasi ini timbul apabila melihat keakraban persahabatan yang terjalin antara Fattah dan Fazura yang benar-benar menimbulkan tanda tanya kepada segelintir pihak.

Jika anda masih ingat, pada satu majlis pertunjukan fesyen, Fattah telah membuat kejutan dengan memberikan bunga kepada Fazura di atas pentas dan pada hari jadi Fattah pula Fazura turut memberikan hadiah sebanyak 50 kuntum bunga mawar.

Fazura Enggan Komen Soal Fattah

Fazura Enggan Komen Soal Fattah

IKLAN

Tidak berhenti di situ, baru-baru ini Fazura telah menyambut hari jadinya dan di majlis itu, dia dikejutkan dengan hadiah 500 kuntum bunga mawar berwarna merah jambu dan putih daripada pelakon kacak itu yang juga bekas juara Hero Remaja 2011/2012.

Fazura Enggan Komen Soal Fattah

Fazura Enggan Komen Soal Fattah

IKLAN

Menerusi satu sumber, Fazura telah diajukan tentang sejauh mana hubungannya dengan Fattah namun pelakon wanita ini lebih memilih untuk tidak menjawab soalan itu.

“Maaf, saya tidak mempunyai sebarang komen kalau soal peribadi. Kalau boleh, saya hanya mahu berbicara soal kerjaya. Tidak ada soalan peribadi ya,” katanya.

Mungkin Fazura ingin memberikan fokus kepada kerjaya dan tidak mahu mencampur adukkan soal peribadi dan keriernya dalam industri seni tanah air.

IKLAN

Terdahulu, Fattah pernah memberitahu bahawa dia hanya menganggap Fazura sebagai sahabatnya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Mungkin memang benar mereka hanya bersahabat cuma keakraban mereka disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka. Kalau sudah ditakdirkan jodoh mereka bersama pasti bersatu juga akhirnya.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI