Categories: Berita Hiburan

Fazley Yaakob Beli Hadiah & Sorok Diri Belakang Tiang KLIA Demi Kejutan Romantis, Vida Luah Rasa Terharu Sampai Menangis!

Share

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil membuat kejutan istimewa buat kekasih hatinya, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazley mendedahkan mereka terpaksa berjauhan selama 18 hari susulan komitmen kerja masing-masing.

Menurut Fazley, ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran sebagai watak utama dalam sebuah telefilem sebelum berulang-alik menguruskan restoran di Singapura.

“18 hari tau saya dan Datuk Sri Vida terpisah… tak sempat jumpa langsung sejak balik Langkawi.

“Saya sibuk jadi hero dalam telefilem dekat seminggu juga, lepas tu saya handle restoran di Singapore,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Fazley turut memaklumkan Vida berada dalam keadaan kurang sihat, sekali gus membuatkan dirinya berasa risau.

“Vida pulak tengah tak sihat masa tu, risau betul saya jadinya,” katanya lagi.

“Once DSV beransur pulih dia ke Jakarta pula. Memang Dida dan Sayang tak berjumpalah jadinya!,” ujarnya.

Rancang Kejutan Istimewa

Lalu, momen manis tercipta apabila penyanyi lagu Asmara Ini itu merancang satu kejutan istimewa bersempena kepulangan Vida ke Malaysia.

Jelasnya, dia sengaja tidak membalas mesej Vida bagi membuatkan usahawan itu menyangka dirinya masih sibuk dan tidak sempat menjemputnya di lapangan terbang.

“So nak dijadikan cerita, hari DSV nak balik Malaysia, saya pun on the way balik dari Singapore.

“Saya sengaja tak balas message dia, saja nak bagi dia ‘merajuk’ sikit. Biar dia ingat saya busy dan masih tak sempat jumpa dia, apatah lagi nak jemput dia di airport,” kongsinya.

Pada hari kejadian, Fazley berkata dia tiba lebih awal di KLIA bagi memastikan segala perancangannya berjalan lancar.

“Saya datang dua jam awal di KLIA, siap beli dua bouquet bunga dan chocolates. Macam biasa, menyorok belakang tiang dulu.

“Bila saya nampak dia keluar, saya tetap menyorok biar dia ingat ‘Dida tak datang?!’ Nampaklah dia sedih…” jelasnya.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/roslan-shah-naik-bulu-roma-tak-sangka-night-walk-bersama-dsv-fazley-yaakob-terpaksa-dihentikan-pertama-kali-tetamu-alami-gangguan/

DSV Terharu Hingga Menangis

Menjengah ke ruangan komen, DSV meluahkan rasa terharu sehingga mengalirkan air mata apabila menerima kejutan daripada Fazley.

“Tiga minggu tak berjumpa… Saya ingat cuma rindu yang perlu saya tahan. Tapi hari Abe Fazley muncul di airport tanpa saya tahu.

“Effortless surprise, tapi impaknya sampai buat saya menangis.

“Kadang-kadang bukan hadiah mahal yang buat hati tersentuh… Cukup dengan ‘I’m here’ pada saat kita paling rindu,” luah Vida.

Dalam pada itu, DSV menyifatkan kejutan tersebut sebagai satu memori indah yang akan terus terpahat dalam ingatannya.

“Tiga minggu terasa panjang… tapi satu kejutan hari ni buat semuanya menjadi memories yang akan terpahat.

“Some surprises are not planned for the world, they’re planned just for the ubati hati yang rindu,” komennya.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagram.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza