Dua tiga hari ini kecoh di media sosial tentang tularnya sebuah rakaman video yang merakamkan adegan lakonan pelakon Fattah dan Janna dalam sebuah babak drama remake Coffee Prince.

Video yang tular itu menunjukkan aksi Fattah dan Janna kelihatan seperti bercium namun begitu kalau dilihatkan dengan teliti, aksi Fattah dan Janna itu tidak bersentuhan antara satu sama lain.

Rakaman ini mula menjadi tular selepas ianya dikongsi oleh seorang pelakon baru, Fara Mendoza. Ternyata perkongsiannya ini telah mencetuskan kemarahan setiap yang menonton aksi lakonan kedua-dua pelakon tersebut.

Rentetan daripada kecaman demi kecaman telah dilemparkan kepada pelakon yang terbabit dalam adegan tersebut, Fara telah tampil memohon maaf kepada semua atas perkongsiannya itu menerusi akaun Instagramnya.

IKLAN

“Assalamualaikum …
Di sini Saya ingin MEMOHON MAAF ?? kpd semua pihak di sebabkan post ig story itu, sy xde niat pun nak melukakan hati sesiapa,menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa, dgn rasa rendah diri sy mohon maaf atas kesilapan sy dan sy mengakui ianya dr kesilapan khilaf sy yg tak sengaja, harap selepas ni xde yg cuba membesarkan lagi hal ini. Saya hanya manusia biasa yg tak lari dari membuat kesilapan , Semua Yg buruk dtg dr diri sy sendiri dan yg baik tu drp Allah SWT .Amin #BuangYgkeruhAmikygJernih #DoaYgBaikBaik #FikirYgBaikBaik,” tulis permohonan maafnya di ruang kapsyen.

Terlihat di ruangan komen permohonan maafnya ini, Janna Nick telah memberikan respon agar semua pihak memaafkan Fara malah Janna juga tidak marah dengan pelakon baru ini.

IKLAN

“Fara bukan nak menjatuhkan cuma dia sejenis selenga..dia x tau benda tu akan timbulkan issue..dah jangan marah dia..sebab i yang dikecam pun tak marah dia..belajar memaafkan ok…org dh mintak maaf tu maafkan je la…jgn la nk putuskan silaturahim pulekss…pasni dia belajar la dr kesilapan dia..jangan buat teruk sgt memasing pun..dh jgn isap gam..bye ❤️,” tulis komen Janna.

Baca juga: Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Setiap manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, jadi tidak salah untuk kita belajar untuk saling memaafi. Mungkin esok lusa kita pula yang akan membuat silap dan pada ketika itu, kita pula yang mengharapkan kemaafan daripada orang lain.

IKLAN

Buat Fara pula, diharap perkara yang terjadi ini memberi pengajaran buatnya dan tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.

Baca juga: Jangan Libatkan Mak Dan Ayah – Janna Nick

Sumber: Instagram Fara Mendoza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI