Fasha Sandha Puji Suami, Siap ‘Payung’ Gambar Sado Suami Lagi, Moga Till Jannah

Share

Memiliki mahligai cinta yang bahagia dan harmoni merupakan satu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Terbaru, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah berkongsi gambar ketika dia bersama suami dan anak-anaknya di Taman Tema Air Legoland, Johor Bahru.

Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu telah menitipkan kata ucapan yang sangat romatis buat suaminya.

“Terima kasih suami , melengkapkan hidup kami #iburayfalraysha”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat terasa berasa gembira apabila melihat pasangan suami isteri yang semakin bahagia.

Malah, peminat juga memuji tubuh badan Aidil yang kelihatan sangat sasa dan tampan.

Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac yang lalu.

Foto : Instagram Fasha Sandha

IKLAN