Memiliki mahligai cinta yang bahagia dan harmoni merupakan satu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Terbaru, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah berkongsi gambar ketika dia bersama suami dan anak-anaknya di Taman Tema Air Legoland, Johor Bahru.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu telah menitipkan kata ucapan yang sangat romatis buat suaminya.
Ads
“Terima kasih suami , melengkapkan hidup kami #iburayfalraysha”tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat Intan liburan bersama rakannya.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan 29 Jun lalu.
Foto : Instagram Intan Liana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tergerak hati memiliki basikal sendiri tatkala melihat rakan sekeliling aktif berbasikal, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat mulai fokus dengan hobi barunya.
Namun awalnya, bapa kepada seorang cahaya mata ini terkedu melihat harga sebuah basikal yang dikatakan lebih mahal daripada motosikal popular masa kini, Ysuku.
Pada masa sama, katanya ketika pertama kali kayuhan, dia tidak menyangka aktiviti ini memerlukan tenaga dan stamina kuat.
“Bila semua org naik beskal, aku pun tergerak hati nak beli ka setan ni? Mahai ooo lagi mahai berkali ganda dari ysuku atau ysetengah modipai 3 kali pun tak sama harga, selepas setahun aku research puas puas, aku pun kumpoi tabung babi aku di sembelih keluarlah anak syaiton bernama Ridley Noah SL dari @t.w.o.premiumbikestore.
“Lepas tu aku pun kayuh lah dgn geng geng artisan, agak meyumpah lah awat penat nak mampoih main beskal ni, aku main moto sepang pun tak penat macam ni, tetapi!!!!” jelasnya.
Namun, selepas beberapa kali, dia kini memahami kenderaan ini cukup menggamit memori. Segala zaman kanak-kanak terimbau kembali sewaktu mengayuh.
“Setelah beberapa kali ride, baru aku faham.. kenderaan pertama setiap lelaki atau wanita adalah basikal kita belajar dulu.. betui kata syuk @shukriyahaya .. bila hang ride menatang ni, semua memori hang atas basikal masa kanak kanak macam flash dalam otak hang,” tulisnya lagi.
Malah, aktiviti ini dapat membuatkan minda lebih tenang dan badan lebih sihat.
“Ride buat kita tenang dan lebih fit.. bukan isap fit tau.. jadi jgn dok gatai isap dadah pulak celaka oi.. jadi apa pun selamat berkerja kepada semua bapak bapak macam aku.. hehee.. ok tata.. #Ridley#anakantooselamanya,” ulasnya panjang lebar.
Kami percaya, pasti ada di antara kalian yang tahu dengan telenovela popular Latin, Rosalinda yang pernah ditayangkan di negara ini hampir 20 tahun dulu.
Menangkat kisah kekeluargaan dan cinta, Rosalinda yang mempunyai 80 episod dan diterbitkan pada tahun 1999 itu diakui sebagai antara telenoleva paling laris ketika zaman kegemilangannya.
Baik dramanya yang diminati ramai, ada juga yang turut kagum dengan kecantikan pendukung utama watak Rosalinda itu sendiri, Thalia.
Selain aktif berlakon, bintang asal Mexico ini juga aktif dalam dunia nyanyian. Mencecah usia 47 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap menawan dan mempesonakan.
Apapun, ikuti penampilan terkininya. Memang tak banyak berubah kan? Still cantik!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.