Selebriti yang baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan bagaimana anaknya boleh miliki kesan luka di wajah punyai memori raya terindah sukar dilupakan.

Fasha Sandha Jalan Jauh Kumpul Duit Raya

Mengimbau kembali perjalanan Hari Rayanya, Fasha yang pernah berlakon di dalam filem Anak Mami Nasi Kandaq bersama Qi Razali memberi tahu, banyak memeori raya indah zaman kanak-kanak yang berada di ingatanya.

IKLAN

Antara memori yang masih segar adalah sewaktu dia beraya bersama rakan-rakan semata-mata untuk mengumpul duit raya.

“Antara yang saya ingat ialah ketika saya sanggup berjalan sehingga berbatu-batu semata-mata untuk kumpul duit raya banyak-banyak untuk dimasukkan dalam bank,” ceritanya.

Fasha Sandha Jalan Jauh Kumpul Duit Raya

IKLAN

Fasha Sandha Jalan Jauh Kumpul Duit Raya

IKLAN

Selain itu Fasha juga sempat menambah, memori terindah yang baru terjadi dalam hidupnya ialah apabila dapat beraya sebagai seorang ibu bersama anak-anaknya.

“Saya bersyukur dengan segala limpahan dan kurniaan dari Allah SWT kerana saya percaya setiap apa yang berlaku di dalam hidup saya ini ada hikmahnya Dia telah tentukan jalan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.

SUMBER : Media Hiburan Edisi Raya 2016

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI