Fasha Sandha Hitung Hari Bersalin Anak Ketiga, Figura Terkininya Terima Perhatian Ramai

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha ada memuat naik foto terkininya bersama suami, Aidil Aziz.

Berlatar belakangkan di lokasi percutian popular, Langkawi, penampilan Fasha yang dirakam bertopi dan mengenakan baju putih sedondon bersama suami mencuri perhatian peminat.

“Menghitung hari,” tulisnya ringkas sambil disertakan dengan kredit.

Hantaran terbaru bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh di Instagram itu dihujani dengan ucapan ramai yang rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin aktres ini dipermudahkan.

Sekadar imbasan, Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Terdahulu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertamanya bersama Rizal Ashram yang terlerai pada tahun 2016.

Dalam perkembangan lain, Fasha baru sahaja muncul menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa ditayangkan di saluran Astro First bulan lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN