Pelakon Fasha Sandha genap meningkat usia 39 tahun pada Selasa.
Sambutan ulang tahun juga telah dibuat sehari lebih awal iaitu pada malam Isnin bagi meraikan ulang tahun kelahiran aktres berkenaan bersama ahli keluarganya yang lain.
Suaminya, aktor Aidil Aziz tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta menerusi coretan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Aidil, 36, mendoakan semua perkara yang baik-baik buat Fasha dalam menjalani kehidupannya.
“Selamat hari jadi kepada dia @fashasandha. InsyaAllah yang terbaik dari Allah untuk kehidupan dia di usia baru.
“Semoga dia terus dilindungi daripada segala bala bencana, agar kesihatan terus perkasa.
Untuk info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisya Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui kehidupannya kini cukup bermakna sejurus meniti usia 50 tahun yang disambut pada 9 Mac lalu.
Lebih manis, sambutan hari jadinya disusuli dengan kediaman rumah baharu yang dikatakan bernilai hampir RM10 juta, terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penantian empat tahun menghuni rumah jenis banglo itu akhirnya tercapai selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Rumah banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan tiga anaknya.
Malah keputusan pelakon drama Kiah Pekasam ituyang mengajak ibu dan ibu mentuanya untuk tinggal bersama adalah yang terbaik.
“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama. Tak ketinggalan teman rapat saya pun ada yang berperasaan sama.
“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.
“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya lagi.
Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.
“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.
“Dia pun tak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tuamakan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.
“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya (anak Sasha Saidin), dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo danmembeli barangan harian.
“Tapi sejak kesihatannya terganggu selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.
Tahun ini, Che Ta menganjurkan majlis santai bertemakan ‘menuju ke syurga’ yang dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota.
“Tak ada apa lagi yang saya nak kejar. Selagikuat, insya-Allah saya akan berusaha sehabis baik menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya takkan putus membahagiakan mereka yang disayangi.
“Jadi wanita ini kena rajin dan bercita-cita tinggi. Saya pun kena ada keutamaan kepada diri sendiri. Saya kena sedikit berkira untuk diri sendiri, jangan penyegan dan terlalu berserah.
“Cuma kawan akrab bimbang saya kuat bekerja dan tak ada masa berehat. Saya pun bukan makin muda dan bergetah. Jadi kenalah jaga kesihatan di usia emas ini,” katanya lagi.
Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus bila boleh berangkat ke Tanah Suci Makkah.
“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini. Tapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami bersama ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya.
Che Ta juga bakal terbabit mengacarakan program masakan, Rasa tak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya yang juga aktor popular, Farid Kamil yang mendakwa kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada gangguan orang ketiga.
Memetik laporan video Utusan Online, Diana menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan dia turut menegaskan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini adalah sepenuhnya berpunca daripada Farid sendiri.
“Tiada. Itu fitnah. Masalahnya 100 peratus adalah daripada dia dan bukan saya,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur ini turut mendedahkan cincin yang ingin dihadiahkah oleh Farid di mahkamah pagi tadi merupakan cincin perkahwinan yang telah dihilangkan oleh suaminya itu sejak lapan tahun lalu.
Malah, Diana turut mempersoalkan tindakan Farid yang tetap mahu memberikan sejambak bunga dan sebentuk cincin meskipun selepas menuduhnya mempunyai sokongan daripada orang ketiga.
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ini dia nak beli semula cincin perkahwinan kami.
“Kalau betul saya ada orang ketiga, mengapa dia nak beli cincin kahwin buat saya? Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga?,” soalnya.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan tindakan suaminya itu bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya hanya ingin menjaga air muka sendiri.
“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumag tangga, dia nak menyelamatkan mukanya sahaja. Dah lapan tahun saya tunggu cincin, baru sekarang nak bagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai sebab mengapa dia tidak membenarkan Farid untuk bertemu dengan kedua-dua orang anaknya, Diana mendedah anak perempuannya, Aurora kini berada dalam keadaan trauma.
Terdahulu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memasuki enam tahun usia perkahwinan yang disambut pada Khamis, pelakon Nora Danish mendedikasikan satu ucapan khas buat suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Haniff, 41, memuat naik komplikasi video momen-momen indah dan manis sepanjang perkahwinannya termasuk aksi berkucupan dengan suami.
“Yeppie Yanni Ver Seriiii hubs! Six years of marriage.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
Nedim, 40, kemudian membalas ucapan tersebut dengan menghargai setiap tahun-tahun terindah yang telah dinikmatinya sepanjang hidup bersama Nora.
“Syukur Alhamdulillah sayang, six years and counting. Thank you for the wonderful years and more.
“Thank you everyone for the wish,” tulis Nedim.
Pasangan ini juga berkongsi yang mereka sempat menyambut detik ulang tahun perkahwinan dengan membeli street burger yang dijadikan sebagai makanan supper kedua-duanya.
“Our Ramadan anniversary in the car, saya belanja dia burger,” kata Nedim dalam video yang dikongsikan di InstaStory.
Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Nora dan Nedim turut memiliki anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli, 14, dan Mohamed Nedrin, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.