“Fasa Nak Dapat Adik Baru,” – Saharul Ridzwan Mahu Tenang & Manjakan Anak Sulung, Rai Hari Jadi Yang Ke-3 Tahun

Share

Bakal menimang cahaya mata kedua, pelakon Saharul Ridzwan tetap meraikan hari jadi anak sulungnya, Muhammad Luth Ali yang ke-3 tahun.

Kongsinya, majlis yang diadakan secara sederhana itu memberi kesan psikologi kepada Ali yang bakal menerima adik baru tidak lama lagi.

“Fasa2 nak dapat adik baru ni, kita sebagai mak ayah kena selalu tenangkan anak, manjakan dia.

“So that dia tak terasa perhatian tu beralih pada adik semata-mata. Betul tak? Share sikit pengalaman2 korang,” tulisnya.

Menerusi ruangan foto, peminat mendoakan agar hubungan kekeluargaan ini kekal bahagia.

Dalam perkembangan lain, isteri Saharul iaitu Qaabila Deena Emir kini dalam fasa ketiga (third trimester) hamil anak kedua.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3 tahun.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN