Pelakon Farid Kamil tetap berharap perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle sejak 11 tahun lalu dapat diselamatkan.
Memetik video yang dikongsikan Hlive!, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, meletakkan pengharapan itu di tangan Allah SWT selain tidak berhenti mencari keberadaan isteri dan anak-anak.
“11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”
“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Farid juga berkata hubungan komunikasi di antaranya dan anak-anak terputus disebabkan Diana telah menyekat nombornya.
Ads
Sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan kedua-dua anak pasangan ini diperdengarkan buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aiman Tino sah bergelar suami kepada suri hatinya, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur tepat jam 5.41 petang Khamis.
Pasangan terbabit dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Mohd Azri Ahmad Kamil.
Dalam majlis itu, Aiman Tino atau Muhammad Aiman Yusri, 25, menyerahkan mas kahwin RM5,000 beserta seutas gelang emas.
Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran kakak Aiman iaitu penyanyi Fara Hazel.
Terdahulu, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan sebelum diijabkabulkan.
Aiman dan Syarah sudah berkawan hampir empat tahun dan mereka mengusahakan perniagaan jualan biskut bersama-sama.
Mereka mula rapat sejak lima bulan lalu dan dari situ Aiman nekad untuk membawa hubungan istimewa itu ke fasa seterusnya.
Aiman kemudiannya merisik Syarah pada Januari lalu.
Pasangan mempelai ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Shah Alam pada 6 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose memaklumkan keadaan abang ipar, Kamal Adli kini berada dalam keadaan yang baik dan kakaknya, Uqasha kini sudah kembali bekerja.
Bagaimanapun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, berkata mereka berdua masih lagi trauma selepas insiden Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di sebuah acara di Singapura pada 12 Mac lalu.
“Alhamdulillah Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu. Jadi sudah tentu mereka perlukan semangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.
“Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar. Mungkin dia ambil tempoh ini untuk berehat,” katanya.
Susulan insiden tersebut, pelakon drama Khilaf Asmara itu tidak menafikan dia sekeluarga turut menerima tempias.
“Apa yang boleh saya cakap, sejak kejadian tersebut kami satu keluarga trauma terutamanya kakak sulung yang ada di tempat kejadian. Bayangkan ketika itu, semua ahli keluarga saya ada, cuma saya, emak dan Raysha saja yang berada di Kuala Lumpur.
“Malah saya juga sepatutnya ke acara tersebut, tapi ada sesuatu yang timbul dan tak sempat untuk ke sana. Jujurnya saya juga panik, takut, malah trauma. Jadi selepas kejadian tersebut memang kami berjaga-jaga, tidak berani keluar sendirian.” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nelydia bersyukur kerana Kamal tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk dan Uqasha juga selamat dari diserang.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada waktu itu adalah nasib baik Allah panjangkan umur kakak dan abang ipar saya. Allah tetap melindungi mereka. Ia mungkin boleh jadi lebih teruk, tapi Allah masih menjaga mereka. Alhamdulillah.
“Bila kami dapat mesej dari Uqasha dalam kumpulan Whatsapp keluarga, macam nak jatuh jantung ini sebab fikir saya akan kehilangan abang ipar.
“Tya Ariffin yang berniaga sama di sana juga ada menelefon kami bercerita mengenai apa yang terjadi sebab Uqasha sibuk menguruskan keadaan. Kamal pun ada beritahu mujur dia yang kena bukan Uqasha sebab kalau Uqasha yang kena, mungkin lebih teruk,” katanya.
Berikutan itu, Nelydia berkata, tidak hanya artis, malah orang ramai di luar sana juga perlu mementingkan soal keselamatan.
“Keselamatan itu sangat penting, sebab kita tak pernah terfikir serangan itu akan terjadi, ia boleh terjadi pada sesiapa pun. Tak kisah, artis, ahli perniagaan atau cikgu sekalipun. Sekarang baru saya faham kenapa ahli perniagaan selalunya ada yang menjaga.
“Jadi tolongnya wanita-wanita di luar sana berhati-hati dan sering berteman. Dan kita juga tak boleh terlalu berkongsi lokasi kita sebab kita tak tahu niat orang,” katanya.
Terdahulu, Kamal diserang dan dalam kejadian berkenaan, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.
Aktor itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Nelydia ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Nelydia antara 400 jemputan yang terdiri daripada rakan selebriti, rakan media, model-model, pemain-pemain industri, rakan kolaborasi, anak-anak asnaf, keluarga sahabat handai yang menghadiri majlis berbuka puasa istimewa itu.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu raya dari barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Ning Baizura, Liza Hanim dan Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhkriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras tanpa diketahui penyakit sejak Rabu.
Berita itu disahkan oleh rakan baiknya, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman memetik laporan Berita Harian.
Menurut Salwa, dia yang masih terkejut dengan berita itu berkata doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi itu tidak pernah mengalami penyakit serius sebelum ini.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui.
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...