Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan, Bermula Hari Ini

Share

Menerusi artikel Astro Awani, Datuk Farid Kamil Zahari disabitkan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) dan dihukum penjaran sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Memetik laporan, hukuman dijatuhkan selepas aktor itu memilih untuk berdiam diri.

Malah suami kepada aktres, Diana Danielle ini juga turut diperintahkan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama dua tahun.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” menurut sumber.

Farid akan dibawa ke Penjara Kajang dan menjalani hukuman bermula hari ini.

Sumber/ Foto : Astro Awani

IKLAN