Datuk Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Farid, 37, yang mengenakan baju-T kelabu hadir ke mahkamah sekitar jam 10.40 pagi tadi mohon dibicara selepas kesemua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad dan Konstabel Mohd. Nizam Jamaluddin.

Farid Kamil Diikat Jamin RM12,000, Mula Dibicara 5 Mac Depan

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga pula, Farid didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Mohd. Nizam Jamaluddin sebagai pegawai dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Ads

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan keempat, Farid didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Konstabel Mohd. Nizam Jamaluddin sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Pelakon terbabit turut didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukan denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Farid Kamil Diikat Jamin RM12,000, Mula Dibicara 5 Mac Depan

Ads

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter Balai Polis Kota Damansara di sini pada pukul 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Namun, peguam bela Athari Bahardi yang mewakili Farid dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan kepada RM8,000 bagi kesemua pertuduhan.

“Keluarga tertuduh menyediakan jumlah RM8,000 untuk jaminan. Tertuduh merupakan pelakon dengan pendapatan tidak menentu selain turut menanggung isteri serta dua orang anak,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Ads

Terdahulu, dalam sesi prosiding, Farid kelihatan tenang ketika berada di dalam kandang tertuduh. Isterinya, Datin Diana Danielle, 27 dilihat turut hadir.

Media sebelum ini melaporkan, pelakon terbabit dibawa seorang lelaki ke Balai Polis Kota
Damansara untuk membuat aduan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, ketika berurusan di kaunter balai polis tersebut, pelakon itu dikatakan secara tiba-tiba menampar muka polis lelaki yang menerima aduan selain menendang dua orang awam yang berada di kaunter balai.

Ikuti sedutan kes Farid yang turut disiarkan secara langsung menerusi FB Live Media Hiburan pada Selasa.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155331435413435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI