Pusingan separuh akhir All Star Championship 2025 menyaksikan pertarungan sengit dan penuh kejutan apabila beberapa peserta berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi tinju yang cukup mendebarkan.

Pertarungan tersebut berlangsung pada Sabtu lalu di Bunker Damansara, Kuala Lumpur, dengan kehadiran penonton yang memenuhi ruang gelanggang dan memberikan sorakan luar biasa.

Pertarungan Sengit Separuh Akhir

Antara aksi yang paling mencuri tumpuan ialah kemenangan pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, yang mara ke pentas akhir selepas menumbangkan lawannya, Koroy, dalam perlawanan yang berlangsung sengit dari awal hingga akhir.

Sementara itu, hasrat pempengaruh Imranul Effendy untuk berentap dengan adiknya, Izzlan, di pentas akhir tidak kesampaian apabila Izzlan tewas kepada Amir Harris, sekali gus menutup peluang menyaksikan “pertembungan adik-beradik” yang dinanti ramai.

Dalam masa sama, pelakon Shahidan Izwan turut tersingkir selepas tunduk kepada Sonic, yang mempamerkan ketenangan dan ketepatan pukulan luar biasa.

Penyanyi Fariq McFly pula terpaksa melupakan impian memburu kemenangan apabila tewas kepada Oyot, seorang atlet silat yang memperlihatkan disiplin serta kawalan gelanggang seolah-olah jaguh profesional.

Penganjur All Star Championship, Dato’ Abdul Rahman Soltan, berkata, kejohanan kali ini membuktikan bahawa para peserta bukan sahaja berani mencabar diri, malah berlatih dengan penuh komitmen untuk menampilkan aksi bertaraf profesional.

“Saya bangga dengan semangat dan disiplin semua peserta. Walaupun ada yang dikecam kononnya bertinju ‘main-main’, mereka sebenarnya menjalani latihan intensif dan menunjukkan komitmen luar biasa di gelanggang.

“Secara keseluruhan, penganjuran separuh akhir berjalan lancar dan sambutan penonton sangat luar biasa. Ini membuktikan bahawa All Star Championship kini menjadi fenomena baharu dalam sukan tempur moden,” katanya.

Menurutnya lagi, kejohanan ini turut menggabungkan elemen sukan dan digital selaras dengan usaha mempromosikan pelancongan domestik menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ads

Sebanyak tiga kejuaraan utama bakal menjadi rebutan dalam pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Arena Sukan Kuala Lumpur, dengan jumlah hadiah terkumpul RM270,000 menanti pemenang.

“Kami harap pusingan akhir nanti akan menjadi kemuncak yang paling sengit dan bersejarah, memperlihatkan kehebatan enam peserta terbaik yang kini bersedia merebut gelaran juara All Star Championship 2025,” ujarnya.

Artikel Berkaitan;

Fareez Fauzi Cipta Kejutan Di All Star Championship 2025, Aksi Tinju Harris Aliff & Amir Harris Turut Jadi Sorotan

“Kalau Isteri Boleh Hadap Potong Perut, Mengapa Tidak Saya Untuk Balasnya…,” – Fareez Fauzi Ketepi Rasa Malu, Sertai Top 100 Raise The Star

Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi!

Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi! Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi! Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi! Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi! Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi!

Ads

Gabungan Dunia Sukan dan Digital

Sementara itu, pelakon berpengalaman Fauzi Nawawi, yang turut hadir sebagai penonton dan bapa kepada salah seorang peserta, menyifatkan All Star Championship 2025 sebagai satu platform yang berjaya menggabungkan dunia sukan dan digital dengan cara yang sihat dan profesional.

Menurut Fauzi, masyarakat perlu melihat kejohanan ini dari sudut positif kerana ia bukan sahaja memperkenalkan sukan tinju ke khalayak lebih luas, malah mampu mengurangkan konflik di media sosial dengan menyalurkan semangat persaingan secara sihat.

“Kita perlu melihat perkara ini secara positif kerana ia mampu melonjakkan nama sukan tinju tempatan ke tahap lebih tinggi melalui penglibatan selebriti yang mempunyai pengaruh besar. Mereka juga berlatih secara profesional. Lihat sahaja bagaimana pertarungan berlangsung.

“Malah, kita patut puji kesungguhan dan matlamat penganjur yang menyediakan gelanggang profesional serta memberi pengalaman kepada peserta yang mungkin sebelum ini hanya berminat dengan sukan tinju.

“Sukan tinju sekarang tengah popular dalam kalangan anak muda dan saya dapat lihat bagaimana ia mula meresap masuk ke dalam dunia digital juga. All Star Championship 2025 satu platform yang sihat, tak salah kita sokong,” ujarnya.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir secara langsung di Arena Sukan Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2025akan mula dibuka tidak lama lagi.

Ads

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Fareez Fauzi Menang Tinju Lagi & Mara Ke Final, All Star Championship 2025 Separuh Akhir Penuh Kejutan Aksi!

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads