Penyanyi, Farah Asyikin menyimpan angan-angan untuk berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa, Maher Zain satu hari nanti.

Susulan menyanyikan lagu ‘InsyaALLAH’ yang dinyanyikan oleh Maher Zain pada minggu ke-4 Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) tempoh hari, Farah mendakwa dia juga memasang impian untuk membuat album bahasa Inggerisnya sendiri.

“Saya ingin sekali untuk mempunyai album bahasa Inggeris sendiri, bagi saya dakwah ini tidak perlu hanya dalam bahasa melayu.

“Sebenarnya, saya memang ada impian untuk mempunyai album Inggeris saya sendiri yang berunsurkan ketuhanan, memberikan mesej positif dan pentas GGV2 hari itu adalah permulaan pertama saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Farah turut menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Maher Zain.

IKLAN

“Dari segi kolaborasi, tentulah saya nak Maher Zain, satu sebab dia penyanyi antarabangsa, kedua sebab lagu-lagu dia semuanya meletup dan hasil kerjanya memang sangat ‘inspiring’ pada saya.

“Kalau ada rezeki untuk bekerjasama dengan dia memang sangat baguslah. Namun, ini semua hanya impian, saya pun tak tahu nak ‘contact’ dia macam mana,” katanya lagi.

Sementara itu, Farah mendakwa dia kini hanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan ALLAH SWT terhadapnya.

IKLAN

Farah Asyikin Teringin Kolaborasi Dengan Maher Zain

IKLAN

“Dulu, saya ada plan apa saya nak buat dalam tempoh masa tertentu. Tapi bila dah dapat hidayah ni saya terus tak rancang apa-apa.

“Kalau saya tak pasti tentang satu perkara, saya akan melakukan solat sunat Istikharah, apa sahaja yang ALLAH SWT dorong, saya akan ikut asalkan tidak bercanggah dengan agama,” katanya lagi.

MH doakan semoga Farah dapat merealisasikan impiannya untuk mempunyai album bahasa Inggerisnya sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI