Kalau dulu, kita lihat para selebriti lebih berahsia soal percintaan apabila ditanya oleh pihak media, namun sekarang ini kita lihat mereka lebih bersifat terbuka untuk berkongsi.

Sebelum ini pelakon Zara Zya juga ada membuat pengakuan yang kini dia sedang bercinta dengan pelakon, Hafreez Adam.

Kali ini penyanyi cantik yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Fara Hezel juga mengakui dia kini sedang bercinta dengan pelakon dan pengarah, Erry Putra.

Menurut laporan Mstar Online, Fara mengaku sedang bercinta dengan pelakon tersebut dan mereka mula berkenalan di media sosial sejak lima bulan yang lalu.

Ads

“Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.

 

“Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata Fara kepada mStar Online.

Kakak kepada penyanyi popular, Aiman Tino ini juga berkata dia masih belum berfikir soal kahwin mahupun membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Katanya lagi, dia masih baru mengenali Erry malah belum cukup mengenali diri pelakon itu sepenuhnya dan begitu juga dengan Erry.

Ads

Dalam pada itu, Fara juga menyatakan bahawa keluarganya tahu tentang hubungannya bersama Erry namun tidak pernah masuk campur dalam perhubungan mereka.

Ads

“Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu,” ujarnya.

Apapun MH doakan agar hubungan cinta yang terjalin antara Fara dan Erry berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Diharap peminat-peminat di luar sana juga mendoakan yang baik-baik untuk Fara dan Erry.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI