“Every Love Story Is Beautiful, But Ours Is My Favorite”- Bersemutlah! Dedikasi Farah Nabilah Pada Siapa?

Share

Pelakon, Farah Nabilah telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya dan menulis kapsyen yang manis di gambar tersebut. 

“Every love story is beautiful, but ours is my favourite” tulisnya. 

Pelakon yang terkenal dari drama bersiri Titian Cinta itu seakan-akan menulis ucapan dedikasi buat seseorang. 

Lantas, netizen bertanya kepada siapakah Farah memberi dedikasi tersebut. 

Rata-rata netizen menyangka dedikasi oleh Farah itu dituju kepada seorang pelakon terkenal, Fikry Ibrahim. Malah netizen juga turut mendoakan supaya Farah akan dijodohkan bersama dengan Fikry. 

Alahai, sweet betul lah Farah ini. Bukan sahaja cantik dan jelita, malah pandai ambil hati orang yang tersayang. 

Untuk rekod, Farah Nabilah telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular. 

Foto : Instagram Farah Nabila

IKLAN