
Kumpulan rock antarabangsa yang mencipta fenomena, Evanescence bakal membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan di Malaysia selepas 14 tahun.
Menariknya, Kuala Lumpur dipilih sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara bagi persembahan eksklusif ini, yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 28 November depan.
Konsert istimewa ini merupakan satu-satunya persembahan Evanescence di rantau Asia Tenggara, sekali gus menjadikannya acara yang tidak harus dilepaskan oleh peminat dari seluruh Asia.
Dikenali dengan gabungan bunyi yang kuat, melodi penuh emosi serta lagu-lagu ikonik seperti ‘Bring Me To Life’ dan ‘My Immortal,’ kumpulan ini telah memikat peminat di seluruh dunia selama lebih dua dekad.
Dipimpin oleh vokal unik Amy Lee, mereka terus menyampaikan persembahan bertenaga yang menyentuh emosi merentasi pelbagai generasi.
Evanescence ialah kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang pernah memenangi Anugerah Grammy dan ditubuhkan pada tahun 1995.
Dikenali dengan gabungan unik elemen rock alternatif, gothic dan orkestra, album sulung mereka, Fallen berjaya mencatat kejayaan global dengan jualan melebihi 17 juta unit di seluruh dunia.
Menambahkan lagi keterujaan, Evanescence baru sahaja melancarkan single baharu, manakala album terbaharu yang dinanti-nantikan dijadualkan untuk dilancarkan pada Jun 2026.
Persembahan di Kuala Lumpur ini bakal menjadi antara peluang terawal bagi peminat di rantau ini untuk menikmati karya terbaharu mereka secara langsung, selain lagu-lagu klasik yang membentuk sebuah generasi.
Kembalinya mereka ke Malaysia bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya merupakan detik yang telah lama dinantikan oleh para peminat.
Kali terakhir kumpulan ini membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2012, menjadikan konsert kali ini sebagai peluang yang sangat jarang untuk menyaksikan mereka secara langsung sekali lagi.
Acara ini dibawakan oleh Hello Universe, penganjur di sebalik pelbagai konsert antarabangsa berskala besar di Malaysia, termasuk kejayaan konsert dua malam sold-out oleh My Chemical Romance di Kuala Lumpur.
Dengan produksi antarabangsa berskala penuh, persembahan ini bakal menampilkan pengalaman live signature
Evanescence yang menggabungkan vokal bertenaga, susunan muzik dinamik serta visual pentas yang imersif.Tiket akan mula dijual bermula 8 Mei ini, jam 10:00 pagi waktu Malaysia menerusi GoLive dan peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan dijangka tinggi.
Maklumat lanjut mengenai kategori tiket dan harga akan diumumkan dalam semasa ke semasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini