“Etika Kerjanya Tak Betul,” – Terus Tanya Date & Tak Bincang, Que Haidar Tolak Tawaran ‘On The Spot’ Sebab…

Share

Pelakon versatil, Que Haidar, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak produksi yang didakwa gemar melamar artis tanpa berbincangan mengenai naskah yang ingin dihasilkan terlebih dahulu.

Menurut Que, sesi perbincangan harus dibuat bagi mengenal pasti jalan cerita, pengarah, para pelakon dan pelbagai aspek lain lagi.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date saya dahulu.

“Maaf sekali lagi. Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dan lain-lain lagi.

“Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Maaf sekali lagi saya terpaksa reject tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pencipta Pegang Waktu itu menerusi akaun Instagram.

Tegas Que lagi, disebabkan oleh perkara sedemikan, dia terpaksa menolak tawaran tersebut meski belum mengetahui tentang peranannya di dalam projek berkenaan.

Melihat pula di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati Que supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu dan memberi peluang kepada pihak produksi tersebut memperbetulkan kesalahan mereka.

Sumber: Instagram Que Haidar

IKLAN