Erra Fazira menangkis dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menerusi Harian Metro menafikan hal berkenaan yang menjelaskan dia kini masih berstatus ibu tunggal dan belum menjadi isteri orang. 

Erra pada masa sama memohon doakan yang terbaik seandainya dia dipertemukan jodoh satu hari nanti. 

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal. 

“Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti. 

IKLAN

“Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya yang dipetik menerusi satu mesej.

Bintang Hingga Hujung Nyawa itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berpisah pada 2006.

Erra kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran pada 2007 tetapi turut bercerai pada 2014. 

IKLAN

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Sejak semalam tular di Twitter apabila seorang wargamaya berkongsi ciapan mendakwa pelakon dan penyanyi popular itu kini bergelar isteri kedua.

IKLAN

Menerusi ciapan sama, individu terbabit turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada menteri itu tahu dirinya dimadukan atau sebaliknya.

Sementara itu menerusi Instagram yang dikemas kini, Erra turut memberikan reaksi ringkas mengenai khabar angin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Sumber, Foto: Harian Metro, Berita Harian & Instagram Erra Fazira 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI