Erra Fazira Jalin Silaturrahim Yang Baik Dan Seikhlasnya Dengan Laudya Cynthia Bella Demi Anak

Perpisahan bersama bekas suami Engku Emran Engku Zinal Abidin beberapa tahun lalu tidak pernah menimbulkan ralat buat Primadona Filem Melayu, Erra Fazira kerana baginya, masing-masing sudah matang dan mereka berpisah dengan baik.

Malah, mereka berdua turut mendoakan yang terbaik di antara satu sama lain dan apabila bekas suaminya itu berkahwin dengan aktres popular Indonedia, Laudya Cynthia Bella, Erra menyambutnya dengan hati terbuka.

Apatah lagi, doa dan harapannya untuk melihat anak mereka, Engku Aleesya mendapat ibu yang baik sudah menjadi realiti.

IKLAN

“Kami berpisah secara baik dan kita juga sentiasa mendoakan agar brkas suami saya (Engku Emran) mendapat isteri yang baik dan alhamdulillah dia sudah mempunyainya. Saya tiada masalah dan masing-masing saling menghormati kerana kami mempunyai matlamat sama iaitu mahu mendidik anak (Engku Aleesya) dengan sebaik mungkin. 

 

“Sejujurnya juga, saya tidak ada rasa kekok untuk berkawan dengannya (Cynthia Bella) dan saya ikhlas terima dia sebagai ibu kepada Aleesya. Saya pun akan sentiasa mendengar namanya dari Aleesya. Rasanya saya perlu menjalinkan silaturrahim yang baik dan seikhlasnya. Apatah lagi dia orang luar di sini. Bila datang sini, saya letakkan diri saya pada tempatnya. Kalau saya ke Indonesia, saya juga harapkan orang sana menerima saya. In order untuk orang baik dengan kita, kita baiklah dengan orang itu,” katanya optimis kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Erra bersama syarikat pengurusan barunya  juga sudah merancang beberapa projek isitmewa, baik dalam lakonan dan nyanyian sepanjang tahun ini.

IKLAN

Eksklusif, Erra Fazira ada sesuatu untuk diperkatakan mengenai kisah peribadi dan kerjayanya.Yang penting Erra ada sesuatu yg mahu dikatakan mengenai Shahir

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 10 January 2018

 

error: Hello. Cannot.

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group