Primadona filem Melayu, Erra Fazira menyifatkan khabar angin mengenai dia sudah pun ada tarikh tertentu untuk berkahwin hanyalah sebagai ‘angin lalu’.

Katanya kepada MH, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah ada beberapa tarikh tidak betul yang khabarnya dia bakal mendirikan rumah tangga.

“Sejak beberapa tahun ini, sudah ada beberapa tarikh kononnya saya akan kahwin. Semua tarikh yang ada bukan daripada mulut saya. Kalau ada hal istimewa, saya bukan seorang kedekut untuk share dan saya kenang jasa pihak media.

 

“Sudah tentu saya akan kongsi bersama semua, jangan risau. Cuma selagi hal itu tidak keluar dari mulut saya sendiri, anggaplah ia sebagai ‘angin lalu’,” katanya ketika ditemui di majlis Ramah Santai bersamanya di Pejabat Urusan Mind Order, Damansara Perdana baru-baru ini.

Diajukan persoalan sama ada tahun ini akan ada sebarang pengumuman istimewa daripada Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-18 itu, Erra menganggap tahun ini adalah tahun terbaiknya untuk terus fokus pada kerjaya.

IKLAN

“Jujurnya, tahun ini adalah hanya untuk kerjaya. Kalau ditanya soal jodoh, sehingga ke hari ini ia bukanlah urusan saya. Kalau tiba-tiba sudah sampai seru untuk saya kahwin, ya saya akan kahwin. Cuma pada masa ini, perancangan saya hanya untuk kerjaya saja,” katanya yang mengakui, dia juga ada memberikan nasihat buat Shahir untuk terus maju ke depan untuk tahun ini.

 

“Saya cuma bagi dia semangat untuk 2018, mulakan kehidupan  baru, selesaikan masalah lalu, atur kehidupan yang lebih baik dan mulakanlah hidup baru,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, bintang berusia 44 tahun ini juga secara rasmi mengumumkan dirinya kini berada di bawah pengurusan Mind Order Sdn. Bhd.

Erra yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 juga menambah, penglibatannya bersama sesebuah syarikat pengurusan artis adalah yang pertama sepanjang bergelar artis lebih dua dekad lalu.

IKLAN

Jom ikuti sedutan live kami di FB Media Hiburan berkenaan dengan isu tersebut baru-baru ini.

IKLAN

Eksklusif, Erra Fazira ada sesuatu untuk diperkatakan mengenai kisah peribadi dan kerjayanya.Yang penting Erra ada sesuatu yg mahu dikatakan mengenai Shahir

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 10 January 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI