Penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan mengakui penglibatannya menerusi program rakaman raya RTM, Konsert Dimensi Lagenda Raya baru-baru ini yang turut menggabungkan penyanyi baru dan lama kembali mengembalikan kerinduan buatnya untuk terus aktif dalam seni.

Mulai terlibat dalam industri sejak awal 80-an, penyanyi asal Kuala Lumpur ini menyifatkan kini merupakan masa terbaik buatnya untuk kembali aktif memandangkan anak-anak pun sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri.

“Dulu ada anak yang perlu diutamakan, tetapi bila masing-masing sudah besar mengapa tidak untuk terus aktif. Malah sebelum ini pun ada juga menerima jemputan untuk melakukan persembahan.

 

Bagaimanapun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, ada di antara undangan yang terpaksa untuk tolak cara baik. Tetapi ada jugalah saya ambil tawaran menyanyi.

 

“Jadi bila dipanggil RTM untuk buat persembahan tahun ini, ia macam mengembalikan nostalgia. Saya naik bersama RTM dan kembalinya saya di sini membuktikan stesen televisyen ini kekal unggul,” katanya kepada MH.

Ditanya adakah sebarang lagu baru daripada penyanyi yang sinonim dengan lagu Kita Insan Biasa (duet bersama Jay Jay) ini, Dayangku Intan membayangkan bakal melancarkan single baru penghujung tahun ini.

IKLAN

“InsyaAllah saya akan rakam single baru yang akan diterbitkan oleh anak kedua saya, Rusyd di bawah label Rusyd Records. Saya rancang untuk lancarkan single terlebih dahulu.

 

Mungkin selepas ini akan kumpul beberapa single untuk album pula selepas itu,” jelas Intan yang mahu dedikasikan lagu baru itu nanti kepada para peminat yang membesar dengan rangkaian lagu-lagu nyanyiannya.

Menyifatkan senario muzik pada hari ini berbeza berbanding dulu, Dayangku Intan juga akur dan mengakui perkembangan media sosial banyak membantu mempromosikan seseorang penyanyi.

Malah ujarnya juga, asalkan bijak menggunakan platform tersebut, sudah pasti pendadahan terhadap mana-mana lagu baru daripada penyanyi angkatan muda akan diterima ramai.

IKLAN

Ditanya mengenai siapakah penyanyi muda yang diminatinya, Dayangku Intan mengakui dia cukup menggemari lagu-lagu nyanyian Datin Alyah selain Ernie Zakri dan Syamel.

IKLAN

“Saya suka Alyah. Pada masa sama, saya juga penyanyi yang menyanyikan lagu Aku Cinta, Syamel dan Ernie Zakri,” kongsinya jujur. 

https://www.youtube.com/watch?v=-NtHNj_ioBY

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI