Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dapat membuat persembahan pada saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) di Shah Alam, pada Sabtu.
Ernie berkata, kehadirannya hari ini demi peminat yang berharap dia membuat persembahan di SFMM38.
“Alhamdulillah sudah tentu saya berasa lega dan sebenarnya saya buat persembahan ini demi peminat yang sama-sama berjuang untuk lagu Astana,” katanya.
Ditanya sejauh mana harapannya menerusi lagu ciptaannya bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman itu, Ernie percaya rezeki dan cuba memberikan yang terbaik.
Ads
“Sekiranya ada rezeki ke Anugerah Juara Lagu 38, saya akan cuba menebus segala yang harus ditebus.
“Doakan yang baik-baik untuk lagu ini. Sudah pasti saya meletakkan harapan tinggi, seperti mana yang diharapkan juga peminat, Insya-Allah,” katanya lagi.
Ads
Ads
Isteri kepada penyanyi Syamel itu membuka tirai dalam saingan hari kedua SFMM38.
Terdahulu Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan lagu Astana sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi, Nadeera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Korea Selatan yang mengecap populariti sebaik sahaja membintangi filem Parasite, Lee Sun-Kyun telah ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Seoul pada Rabu, 27 Disember 2023.
Disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri, mayatnya ditemui bersama sisa briket arang.
Sebelum itu, aktor berusia 48 tahun ini telah dikatakan pada malam sebelumnya apabila gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan.
Menurut laporan media, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada isteri pelakon itu, Jeon Hye-Jin pada 10.12 pagi menyatakan bahawa Sun Kyun telah meninggalkan rumah selepas meninggalkan mesej yang kelihatan seperti nota bunuh diri.
Sebelum ini, Lee sedang dalam siasatan oleh pihak polis atas dakwaan menggunakan ganja disiasat oleh polis atas dakwaan menggunakan ganja dan serbuk yang dikatakan ketamin.
Walaupun begitu ujian ke atas dirinya telah disahkan negatif sebanyak dua kali.
Sun Kyun mendakwa bahawa dia telah diperdaya untuk mengambil dadah oleh seorang pelayan bar yang dilaporkan memberitahu polis bahawa pelakon itu telah mengambil bahan terlarang di rumahnya beberapa kali.
Peguam pelakon itu memberitahu media: “Jika dia bercakap benar, ujian dadah oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan sepatutnya kembali positif, tetapi ia negatif.”
Sun Kyun telah meminta badan penyiasat meletakkan dia dan pelayan tersebut melalui ujian pengesan pembohongan semalam (26 Dis).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan dia dan isteri, Nina Sabrina Ismail Sabri sudah bersepakat untuk membawa haluan masing-masing selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Jovian, dia dan Nina sudah memutuskan untuk bercerai pada Ogos lalu.
“Sesetengah perkahwinan sangat istimewa kerana ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat. Namun, kisah kami lebih istimewa kerana ikatan itu berubah menjadi persahabatan yang akan kekal hingga hujung nyawa.
“Pada Ogos lalu, kami bersepakat untuk menamatkan perkahwinan yang telah dibina sejak 10 tahun yang lalu diatas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik,” tulisnya.
Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh Jovian menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia dan bekas isteri akan berusaha untuk memberikan kasih sayang yang terbaik buat anak mereka meskipun selepas bercerai
“Kami melihat sebagai kawan dan ibu bapa kepada Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang agak berbeza dimana kami perlu menghargainya. Memastikan Jeanelle gembira adalah keutamaan kami.
“Setakat ini, kami telah melakukan usaha tersebut dengan sangat baik. Alhamdulillah, rasa sayang kami terhadap kedua-dua belah ibu bapa dan keluarga tidak akan pernah berubah.
“Kami percaya dengan perancangan Allah. Dia sebaik-baik perancang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pereka fesyen asal Indonesia ini turut memaklumkan hubungannya bersama Nina kini berada dalam keadaan baik dan tidak mungkin mereka akan membenci diantara satu sama lain.
“Semalam, kami mengadakan sesi siaran langsung bersama di Tik Tok dan kami sangat tersentuh membaca komen-komen baik kalian. Jadi, kami merasakan ia sangat penting untuk kami berkongsi perkara ini kepada anda semua.
“Walaupun berita ini mungkin tidak dijangka, percayalah kami berdua berada dalam keadaan yang baik.
“Apa sahaja perkara yang anda lihat di sosial media kami sejak empat bulan lalu, ia adalah nyata. Tidak mungkin kami membenci antara satu sama lain selepas berkongsi hidup lebih sedekad,” katanya lagi.
Pada masa sama, Jovian turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
“Terima kasih diatas doa dan sokongan yang anda berikan memandangkan kami bakal melalui fasa hidup yang baharu.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Kami sangat hargainya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Jovian dan Nina yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeanelle yang kini berusia 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jovian Mandagie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari mengumumkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada tanggal 2 Disember ini.
Bunga atau lebih mesra disapa BCL sudah bergelar ibu tunggal hampir tiga tahun setelah pemergian suami tercinta yang juga merupakan pelakon asal Malaysia, Allahyarham Asyraf Sinclair pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, kurang 24 jam sebelum melangsungkan majlis pernikahan, penyanyi lagu Badai Telah Berlalu ini dilihat telah menukar nama akaun Instagram miliknya kepada ‘Itsmebcl’.
Sebelum ini, Bunga menggunakan nama ‘bclsinclair’ sempena nama keluarga allahyarham suaminya di platform tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selain turut mempersoalkan tindakan bintang terkenal tersebut.
“Kata mahu dikubur disamping suami? Kenapa menikah lagi?
“Pagi tadi lihat username masih Bclsinclair tapi hari ini sudah diganti.
“Sedih sangat bila username diganti.
“Terkejut bila tengok nama bukan Sinclair lagi,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang memahami tindakan tersebut selain turut menyifatkan Bunga berhak mencari kebahagiaannya sendiri.
“BCL berhak bahagia. Tak ada istilah suami meninggal, isteri tak boleh menikah lagi. Dia juga perlukan pendamping.
“Terserah BCL kalau mahu menikah lagi. Dia juga masih muda. Dia berhak bahagia. Kenapalah susah-susah nak mengatur hidup orang menikah atau tidak.
“Kenapa ada yang mengatur hidup orang. Sokong sahaja jika dia mahu menikah. Nikah juga ibadah.
“Hidup itu mudah. Cari kebahagiaan tanpa mengganggu orang lain. Jangan peduli kata-kata negatif,” komen netizen lagi.
Terdahulu, Bunga dan Allahyarham Asyraf telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram BCL
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...