Meski seminggu sudah berlalu namun gemilang malam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) lalu masih lagi hangat diperkatakan. Selain lagu senarai pemenang utama yang berjaya memikat hati ramai, Aku Cinta yang disampaikan dengan cemerlang oleh Syamel dan Ernie hingga melayakkan pasangan ini menerima trofi Vokal Terbaik turut memberi impak besar buat kedua penyanyi berkenaan.

Kekal menjadi trending nombor satu menerusi YouTube sejak beberapa hari lalu, Aku Cinta versi AJL32 itu sudah pun ditonton lebih 3.1 juta tontonan setakat ini.

Ernie ketika dihubungi MH menyambut baik reaksi positif yang diberikan peminat dan berterima kasih buat semua yang tidak putus memberi kata-kata semangat buat dia dan Syamel untuk terus maju dalam seni.

IKLAN

Ernie Zakri Komen Aku Cinta Versi AJL32 Trending Nombor 1, Ramai Tak Tahu Mampu Buat ‘Wisel’ Macam Mariah Carey!

“Jujurnya memang saya tidak sangka hingga sekarang ia masih diperkatakan. Kalau dua tiga hari selepas AJL saya faham, tapi sudah seminggu viewers pun makin meningkat dan syukur terhadap respond positif yang diberikan. Rasa penerimaan peminat terhadap Syamel dan saya makin luas. Rasa gembira,” katanya yang mengakui sudah ada perancangan untuk meneruskan legasi duo mereka selepas ini. 

 

“Sejak dahulu sebelum penerimaan ramai terhadap Aku Cinta lagi, kami memang ada merancang untuk merakam lagu secara duet lain selepas ini. Cumanya pada masa sekarang, saya dan Syamel perlu beri fokus terhadap single masing-masing terlebih dahulu,” akui Ernie yang bakal muncul menerusi single terkininya sekitar Mac atau April depan.

Pada masa sama, ada sesetengah netizen yang turut kagum dengan persembahan Ernie pada AJL32 lalu yang dikatakan mampu melantun vokal pada nota tinggi, ‘buat wisel macam Mariah Carey’.

IKLAN

Ernie Zakri Komen Aku Cinta Versi AJL32 Trending Nombor 1, Ramai Tak Tahu Mampu Buat ‘Wisel’ Macam Mariah Carey!

 

IKLAN

“Dengar macam wisel, tapi secara teknikal, ia dipanggil head voice. Kita gelar dia soprano voice sebab kalau nak diikutkan, kategori suara saya adalah high soprano. Apa yang saya buat itu adalah yang pernah belajar dulu. Tapi alhamdulillah mungkin ramai yang baru dengar atau tahu. Rasa gembira sebab sekurang-kurangnya saya dapat berikan pendedahan baru secara teknikal dan persembahan, syukur,” akhiri Ernie merendah diri.

Foto: Instagram Ernie Zakri

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI