Drama bersiri, Bidadari Salju gandingan mantap hero dan heroinnya, Adam Lee dan Sweet Qismina telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Malah episod akhir Bidadari Salju yang bersiaran menerusi slot Akasia sebanyak 28 episod itu turut diperkatakan ramai hingga menjadi trending di  laman sosial Twitter.

Adam Lee, turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menonton dan meminta maaf andai ada kekurangan sepanjang penglibatan dalam drama arahan Reza Badarudin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

IKLAN

“TAMAT! #bidadarisalju. Thank you so much korang yang follow dari episode awal hingga episode akhir.

“Maaf jika ada kekurangan dari kami semua #TEAMBIDADARISALJU @tv3malaysia @dramasangat @a.aidaproductionsdnbhd @primeworks.studios @adamleenizers.

“Final Episode Trending No 1. HARIZ SIGNING OFF GUYS,” tulisnya pada satu hantaran di Instagram.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, para peminat  memberikan pandangan mengenai episod akhir drama berkenaan selain meminta penerbitnya, A Aida Productions untuk menerbitkan siri kedua drama adaptasi novel itu.

“Episod Terakhir Trending Nombor 1,” – Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2 “Episod Terakhir Trending Nombor 1,” – Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2 “Episod Terakhir Trending Nombor 1,” – Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2 “Episod Terakhir Trending Nombor 1,” – Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2

IKLAN

Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut terlibat di dalam drama ini ialah Jasmine Suraya, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

“Episod Terakhir Trending Nombor 1,” – Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2

Foto: Instagram Adam Lee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI