Finalis Dewi Remaja 2018/19, Tunku Rania atau nama lengkapnya, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon jelita, Nur Fazura.
Kedua-dua figura cantik itu kelihatan manis dengan senyuman tersendiri ketika menghadiri sebuah majlis keramaian di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selepas mengesahkan perceraian dengan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018, ada pula yang mengkritik Kapten Azrin dan Instafamous King Coco.
King Coco menerusi laman Instagramnya meluahkan kesedihan apabila suami tersayang dihentam.
“Sayang, maafkan aku jika tempias ini menganggu mu, padahal kau tak pernah melakukan apa apa. Kau bersama aku waktu aku tak punya siapa siapa 2 tahun lepas. Kau meneutralkan pemikiran aku sewaktu dihentam kiri dan kanan, kau sumber inspirasi aku.
“Tapi tidak aku skrg, aku tidak dapat mempertahankanmu sewaktu netizen yang rata rata tidak tahu tentang apa yang terjadi tetap menempelak mu, maafkan aku. Kau masih tersenyum, katakan “takpe sayang, tuhan ada.
“Tuhan tahu apa kita buat” itu yang masih terungkap dibibir kemas mu. Bagaimana aku tak sayangkan diri kau? Kau seorang yang sangat baik, bapa yang memikirkan ttg keluarga dari diri sendiri.
“Itulah sifat mu yang tiada siapa tahu selain aku. Tapi tetap netizen menempelak mu. Kau lah segalanya buat ku selepas tuhan yang maha esa, kau selalu mengingatkan ku tentang jangan berharap pada manusia setiasa berharap pada Allah swt, sewaktu aku hampir merasa dunia ni gelap kau yang hulurkan tangan seikhlasnya untuk mengambil aku sebgai isteri walau ditentang oleh org sekeliling, kau tetap ada dibelakang aku.
“Sayang, tiada siapa mahu melihat kita jika kita melakukan kebaikan, tetapi jika kita melakukan sesuatu yang tidak menjadi kesukaan mereka disitu lah mereka mencari bahan untuk melabelkanmu. Sayang semoga kau dan aku terus kuat, atas segala dugaan mendatang.
“Semoga kita terus istiqamah. Semoga Allah swt sentiasa berpihak pada kita, aku doakan kau setiap kali aku meratap dihadapan tuhanku.
“Semoga aku dan suamiku sentiasa kuat Ya Allah. Hanya kau yang tahu apa yang kami tidak ketahui. Aku maafkan kalian,” tulisnya panjang lebar.
Menurutnya di ruangan kapsyen, dia meminta maaf kerana tempias kemarahan turut terpalit pada suami.
Malah dia turut kesal kerana tidak mampu mempertahankan suaminya sehingga menjadi bahan kejian orang luar yang tidak tahu apa-apa.
Tahniah diucapkan buat pemenang tempat kedua Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki tepat pukul 11 malam tadi (Jumaat).
Berita gembira itu disampaikan penyanyi Gelisah Mimpi itu menerusi Instagram.
“Allahuakbar!!!! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam.
“Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!! Alhamdulillah,” tulis penyanyi berkenaan.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat dan rakan artis turut memberikan ucapan tahniah atas kelahiran zuriat baru.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.