Genap enam tahun pemergian suami tercinta, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menzahirkan rasa rindu yang tidak pernah padam terhadap Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Instagram, Bunga mengakui kehilangan tersebut telah mengubah seluruh perjalanan hidupnya.
Walaupun masa terus berlalu, kesan kehilangan itu masih dirasai sehingga kini.
Namun begitu, selepas enam tahun, dia dan keluarga tetap meneruskan kehidupan dengan penuh kekuatan.
“Enam tahun lalu, sesuatu yang tak pernah kami bayangkan berlaku. Kamu pergi terlalu awal. Dunia terasa berubah dengan cara yang kami sendiri tak sangka.
“Enam tahun kemudian, kami masih di sini.
Masih membesar, belajar untuk sembuh dan meneruskan hidup.
Ads
“Membawa kamu dalam hati dan dalam doa setiap hari tanpa gagal,” tulisnya.
Kasih Tetap Abadi
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, walaupun enam tahun telah berlalu, dia dan keluarga sentiasa membawa semangat Allahyarham dalam setiap langkah kehidupan.
Ads
Menurutnya, hari peringatan itu bukan sekadar mengenang kehilangan, tetapi juga meraikan kasih sayang yang telah membentuk diri mereka hari ini.
“Hari ini kami mengenang, bukan hanya tentang kehilangan tetapi tentang kasih sayang yang membentuk siapa diri kami.
“Setahun lagi telah berlalu, hidup tidak terhenti, ia terus membawa kami ke hadapan.
Ads
“Kami sedang membina kenangan baharu sekarang. Namun, kamu tetap terjalin dalam diri kami. Masih disayangi, masih diingati dan masih ada dalam setiap doa,” ujarnya lagi.
Imbas kembali, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Bunga dan pelakon asal Malaysia itu mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah.
Pada 2 Disember 2023, Bunga kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga bersama Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas tiga tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pekerja sebalik tabir yang juga usahawan, Puteri Lily Lokman akhirnya kembali mengecap kebahagiaan apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya, Azri Musa pada 14 Februari lalu.
Menurut Puteri Lily, keputusan untuk berkahwin semula bukanlah sesuatu yang dibuat secara terburu-buru.
Sebaliknya, dia mengambil kira pelbagai aspek, termasuk perasaan anak-anak serta hakikat bahawa dirinya sudah terbiasa hidup berdikari.
“Setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya saya kembali punyai pasangan hidup. Sejujurnya, bukan mudah nak buat keputusan kerana mungkin sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri.
“Dan bukan senang juga untuk Ara Aziz menerima orang baharu dalam hidup kami tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
“Jodoh datang dalam waktu yang kita tak sangka,” tulisya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
Dalam masa sama, ibu kepada penyanyi cilik, Ara Aziz ini turut meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan semula dengan jodoh.
Dia juga berharap agar perkahwinan yang dibina dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Sempena berkat bulan Ramadan, saya mohon doakan yang terbaik buat keluarga kecil kami. Semoga perjalanan baharu ini membawa bahagia untuk saya dan anak-anak.
“Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam majlis yang serba sederhana ini. Saya sayang semua,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Puteri Lily pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Aziz M Osman pada 6 Jun 2010.
Pasangan tersebut berpisah pada tahun 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Lily Lokman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling tampil sebagai lambang keanggunan dan makna dalam kempen terbaharu Hari Raya Tomei 2026.
Sebagai duta jenama, bintang drama Honey Minta Maaf ini mempersonakan dengan empat gaya berbeza bersempna Aidilfitri, di mana setiap penampilan dipadankan dengan koleksi terbaharu Tomei iaitu Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.
Menurut Anna, sama seperti kebanyakan wanita lain, dia menggemari barang kemas sejak kecil selain terdidik daripada ibunya akan kepentingan memiliki barang kemas untuk simpadan masa hadapan.
“Saya peminat emas sejak kecil lagi. Untuk raya kali ini, saya memilih rekaan yang lebih praktikal dan minimalis kerana ia sesuai untuk digayakan oleh semua peringkat umur dan sesuai dalam apa jua suasana.
“Selain emas, saya juga gemarkan berlian dan saya rasa, rata-rata wanita pun sukakan barangan perhiasan diri.
“Malah seiring dengan usia, keluarga juga sentiasa mendidik saya supaya tahu tentang nilai barang kemas kerana ia boleh dijadikan sebagai aset pelaburan masa hadapan,” katanya.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tomei’s Eid 2026: Pulang, The Joy I Carry Home di Jalan Klang Lama, baru-baru ini.
Dengan tema ‘Pulang, The Joy I Carry Home’, kempen ini menzahirkan momen persiapan Raya yang peribadi dan bermakna, disulami kemewahan rekaan barang kemas yang anggun serta bersifat abadi.
Dari memilih baju kurung kegemaran, menyarungkan aksesori warisan, hingga menyusun kenangan ke dalam beg, konsep Pulang dizahirkan melalui setiap kilauan emas dan berlian.
Menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia, pemilihan tema ‘Pulang’ adalah untuk menyentuh hati setiap insan yang merindui saat pulang ke kampung halaman atau membawa pulang sesuatu yang bermakna buat orang tersayang.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Ayu Damit akhirnya membuka kisah perit yang lama terpendam apabila mendedahkan bagaimana anggapan negatif dan kecaman terhadap rupa paras pernah memberi kesan besar sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
Pelantun lagu Hanya Di Mercu itu mengakui, sepanjang 18 tahun berada dalam industri seni, dia kerap dilabel berimej kampung, tidak cantik dan tidak sesuai menjadi penyanyi.
Lebih menyedihkan, ada juga yang secara terbuka mengatakan dirinya tidak mempunyai masa depan dalam industri hiburan hanya kerana tidak menepati standard kecantikan tertentu.
“Saya pernah sangat kecewa, terasa hati dan tersinggung. Bila orang kata wajah saya kampung, tak cantik, tak sesuai jadi penyanyi.
“Lama kelamaan ia masuk ke dalam kepala. Dari situ saya mula alami kemurungan,” luah Ayu jujur.
Tambahnya lagi, kritikan tersebut bukan sekadar komen biasa, sebaliknya datang bertalu-talu sehingga membuatkan dirinya mempersoalkan nilai diri sendiri.
Malah apabila dia cuba memperbaiki penampilan dengan mengenakan pakaian yang lebih kemas dan cantik setiap kali membuat persembahan, masih ada pihak yang mempertikaikan usahanya itu.
“Bila saya cuba tampil lebih cantik, orang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, masih ada yang tak puas hati. Apa sahaja yang saya buat, tetap salah,” katanya.
Ayu turut berdepan tuduhan melampau dengan mengaitkan penampilannya dengan didikan suami.
“Ada yang sampai sanggup cakap suami saya tak pandai didik isteri. Ada yang hina cara saya bertudung, kata ketat macam pakai pembalut nangka.
“Kata-kata macam tu bukan saja hina saya, tapi juga seolah-olah menghina keluarga saya. Saya agak sensitif apabila soal keluarga di sentuh.
“Saya manusia biasa. Saya ada perasaan. Saya boleh kuat di luar, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa peritnya saya simpan semua itu.
“Saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri. Saya sedar, nilai seorang wanita bukan terletak pada cantik di mata manusia, tapi pada kekuatan hati dan keikhlasan kita,” ujarnya lagi.
Selepas melalui fasa sukar dalam hidup sehingga berdepan kemurungan akibat tekanan dan kecaman, Ayu Damit mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang figura yang kini dikenali sebagai Dr Healing, iaitu Dr Hisham Dzakiria.
Pertemuan tersebut menjadi titik mula buat Ayu untuk kembali menenangkan diri, menyusun emosi serta melihat semula perjalanan hidupnya dengan lebih jernih.
Dalam memberi panduan dan sokongan kepada individu yang berdepan tekanan emosi, Dr Hisham menegaskan bahawa ujian hidup tidak memilih status atau gelaran.
Menurutnya, cara seseorang mengawal reaksi dan emosi jauh lebih penting dalam menentukan kekuatan diri ketika berdepan fasa sukar.
“Dalam konteks situasi Ayu, kita harus tahu bahawa nama, status atau gelaran bukan sebab utama ujian datang. Setiap manusia akan melalui fasa jatuh dan bangkit dalam hidup.
“Saya selalu ingatkan kepada Ayu, apa yang penting, kita belajar untuk mengawal reaksi dan emosi.
“Jangan beri ruang kepada suara-suara negatif, kerana apabila kita terlalu melayan, kita akan hilang fokus, hilang arah, dan akhirnya hilang diri sendiri.
“Apa yang berlaku dalam hidup ini bukan kebetulan. Ini adalah takdir. Kita wajib terima, setiap takdir itu adalah ketentuan Allah yang terbaik, walaupun kita belum nampak hikmahnya sekarang,” katanya.
Ayu dan Dr Hisham berkata demikian pada acara Grand Opening Healing Centre Dr. Hisham Dzakiria di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Seiring dengan perkembangan semasa, tekanan emosi bukan lagi isu terpencil.
Peningkatan kes kemurungan, kebimbangan melampau, konflik hubungan, keletihan emosi serta masalah tingkah laku mencerminkan satu hakikat penting bahawa kesihatan emosi dan minda memerlukan perhatian yang sama serius seperti kesihatan fizikal.
Atas keperluan inilah, Healing Centre Dr Hisham Dzakiria – Pusat Terapi Emosi ditubuhkan sebagai sebuah pusat intervensi yang praktikal, berstruktur dan berorientasikan penyelesaian, khusus untuk membantu individu mencapai kestabilan emosi dan transformasi minda secara berkesan.
“Kami membuka Healing Centre dengan misi untuk menjadikan khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses oleh masyarakat.
“Ini kerana terlalu ramai yang bergelut dalam senyap dengan kemurungan, stres, fobia dan masalah hubungan.
“Akan tetapi, ramai juga yang segan atau malu mendapatkan rawatan berkaitan mental kerana stigma masyarakat yang negatif.
“Sebenarnya meminta bantuan untuk kesihatan mental bukanlah tanda kelemahan, tetapi langkah berani ke arah kehidupan yang lebih baik. Insya-Allah, kewujudan Healing Centre ini mampu menghapuskan stigma tersebut,” katanya.
Healing Centre Dr Hisham Dzakiria merupakan subsidiari di bawah syarikat Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd yang mengendalikan seminar pengurusan kesihatan mental dan perkembangan diri.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.