Peristiwa tsunami yang melanda Indonesia pada 22 Disember 2018 mengorbankan banyak nyawa. Antara yang paling diingati adalah nasib kumpulan muzik popular Indonesia, Seventeen yang hilang seluruh anggotanya kecuali vokalis, Ifan.
Khabar terbaru, Juliana Moechtar yang merupakan balu kepada pemain gitar Seventeen, Herman Sikumbang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang tentera berpangkat Leftenan Kolonel.
Kredit foto: Instagram Juliana Moechtar
Hampir empat tahun hidup bersendirian bersama dua anak hasil perkongsian hidup dengan allahyarham suaminya, Juliana yang juga merupakan bekas ratu cantik, model dan pelakon bersedia memulakan kehidupan baharu.
Menurut sumber, wanita berusia 33 tahun ini sanggup melepaskan kariernya selepas berkahwin demi menjaga rumah tangga dan juga mengikuti suami. Ujarnya, “Saya akan fokus mengikuti suami. Kerana di dalam dunia ketenteraan, seorang isteri seratus peratus menyokong karier sang suami.”
Suaminya yang dikenali sebagai Leftenan Kolonel Infantri Nurwahyudi, merupakan seorang duda dan memiliki dua orang anak.
Meninjau ke laman Instagram Juliana, dia memuat naik sekeping foto bersama suami lengkap bersama anak tiri dan juga anaknya. Masing-masing kelihatan tersenyum manis dan bahagia dalam keluarga yang baru dibina.
Ads
“Kebahagiaan yang mereka miliki boleh jadi adalah buah dari kesababaran yang panjang yang mereka perjuangkan. Kesenangan yang mereka miliki, boleh jadi adalah ganti dari kesedihan yang datang berturut-turut.
“Kita tidak akan pernah tahu apa yang telah mereka lalui hingga sampai pada titik saat ini. Tabarakallah, Alhamdulillah,” ujarnya menitip kata-kata positif bersama hantaran foto tersebut.
Menarik untuk pengetahuan pembaca, Juliana sendiri merupakan seseorang individu yang dibesarkan dalam keluarga tentera. Hubungannya dengan Nurwahyudi bermula setelah mereka diperkenalkan oleh abangnya sendiri dalam satu majlis keramaian.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini dinikahkan pada 27 Mei 2022 di Masjid Istiqlal, Jakarta bersaksikan keluarga dan sahabat terdekat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adan Canto, pelakon dan penyanyi kelahiran Mexico telah disahkan meninggal dunia akibat kanser apendiks pada usia 42 tahun.
Menurut keterangan yang diberikan oleh ekseskutif publisitinya, Jennifer Allen kepada pihak media, Adan selama ini membuat keputusan untuk merahsiakan penyakitnya daripada umum.
“Kami sangat sedih mengetahui pemergian Adan Canto. Seorang pelakon yang hebat dan rakan yang dikasihi.
Bersama isteri dan anak-anaknya.
“Kami sangat bertuah memilikinya sebagai sebahagian daripada keluarga Warner Bros. Television dan Fox Entertainment sejak penampilan sulungnya di Amerika Syarikat dalam ‘The Following’ lebih sedekad lalu,” kongsi Jennifer kepada CNN.
Memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun lagi, Adan membuat debut di kaca televisyen Mexico menerusi siri drama Estado de Gracia pada tahun 2009.
Tahun 2013 menjadi kenangan manis baginya apabila dia berjaya melebarkan sayap dalam ke Hollywood menerusi drama bersiri The Following yang disiarkan di saluran Fox.
Disifatkan sebagai pelakon serba boleh dan berdedikasi, Adan kemudiannya membintangi beberapa siri drama terkenal antaranya seperti siri Designated Survivor, Narcos dan The Cleaning Lady.
Sebagai Sunspot dalam filem X-Men.
Selain terkenal menerusi siri drama, Adan turut membintangi pelbagai filem. Antara lakonannya yang terkenal adalah menerusi francais filem X-Men. Dia muncul dalam filem X-Men: Day of Future Past yang ditayang pada 2014 memegang watak sebagai Sunspot.
Pada saat kematiannya, Adan meninggalkan seorang balu, Stephanie Ann canto dan dua orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan bintang terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier menjadi tanda tanya banyak pihak apabila mereka dilihat sering meluangkan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti.
Sebelum ini ramai meneka hubungan mereka kandas di tengah jalan apabila Luna Maya bertindak memadam semua gambar yang diambil bersama Maxime di Instagram.
Kini semuanya terjawab apabila Maxime,30, membuat ucapan istimewa di laman Instagramnya khas buat Luna Maya sempena genap setahun hubungan mereka.
“Kita ketawa kita bergaduh, kita suka kita bergaduh. Sudah setahun sejak kita memulakan dinamik ini bersama-sama, dan tidak dalam imaginasi saya yang paling liar akan kita bertemu dan bergerak ke arah ini bersama-sama.
“Saya bernasib baik untuk memanggil kamu sebagai kawan dan pasangan serta berkongsi detik-detik manis dan pahit dalam hidup kita antara satu sama lain. Selamat setahun,” tulis pelakon kacak itu.
Luna Maya dan Maxime sering muncul bersama di konsert, tayangan perdana filem dan acara rasmi. Bahkan aktres berusia 40 tahun itu turut menemani Maxime Bouttier pada majlis perkahwinan adik lelaki pelakon itu di Australia baru-baru ini.
Sedikit info mengenai teman lelaki Luna Maya ini, Maxime merupakan anak kacukan Perancis-Indonesia. Dia merupakan seorang pelakon dan model. Namanya menjadi popular setelah membintangi filem Hollywood berjudul “Ticket To Paradise” bersama Julia Roberts dan George Clooney
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak berkuasa Vietnam telah menahan ratu cantik dan pengaruh media sosial terkenal, Nguyen Thuc Thuy Tien, selepas beliau disyaki terlibat dalam penipuan pengguna berhubung...