Tahun lalu penyanyi wanita yang sering berkaki ayam ketika melakukan persembahan, Elyana telah mengalami keguguran dan selepas kejadian itu dia tidak boleh hamil lagi atas sebab-sebab yang tertentu.

Elyana telah berhasrat untuk mengambil anak angkat kerana sudah lama berhasrat untuk menambah cahaya mata.

“Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat.

 

“Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu.

 

“Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari,” katanya.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra dipanggil dengan nama Elyana telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini sudah berusia 6 tahun hasil daripada perkahwinannya bersama Khairul Anuar Husin pada November 2010.

IKLAN

Kata Elyana lagi, dia akan mengambil anak angkat daripada keluarga yang susah supaya dia dapat membantu untuk membesarkan mereka dengan lebih sempurna.

IKLAN

“Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka.

 

“Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima.

 

“Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih daripada satu,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, apabila Elyana disahkan keguguran pada tahun lalu, puteri sulungnya itu merupakan antara insan yang paling sedih apabila mengetahui kandungan ibunya sudah tiada. Namun Elyana cukup optimis dalam mengajar anaknya untuk menerima kenyataan.

IKLAN

Dalam perkembangan karier seninya pula sebagai seorang penyanyi, Elyana bakal muncul bersama single terbarunya yang bertajuk Ikhlas Dalam Resah. Lagu ini telah dicipta oleh komposer dan penyanyi terkenal, Tam Spider manakala liriknya pula dicipta oleh Tanda Hekayat.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI