Penyanyi Elyana mengakui dia sejak awal berhasrat untuk membina masjid ada usia muda, apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, sebelum ini.

Elyana berkongsi cerita berkenaan sebegai mengenang ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 bersama Khairul Anuar Husin.

Menerusi Instagram, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, menambah dia yang ‘melamar’ suami ketika itu.

IKLAN

“Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal. Siap pasang niat, siapa je jadi boyfriend saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar masa tu!

“Lantak la orang kata perigi cari timba ke. Janji nak kahwin! Hidup kita,kita la yang mencorak kan…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, Elyana turut memberikan kejutan istimewa buatnya suami, bersempena dengan hari jadi Khairul yang ke-47.

IKLAN

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada19 November 2010.

IKLAN

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya matai iaitu Cinta Sumayyah, 11, selain menjaga seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI