Ads

“Elok Di Baling Batu Panas Kau Ni…” – Buat Kesekian Kalinya, Kak Lina Pom Pom Tempelak Bekas Suami!

Untuk kesekian kalinya, Elly Mazlein dilihat tidak pernah ‘sunyi’ daripada menegur bekas suaminya, Azmi Hatta berhubung isu nafkah anak. Sebelum ini, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom mendakwa, pengarah berkenaan dikatakan tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya anak mereka, Putri Sara Sefhia, 2 tahun.

Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu meluahkan rasa menerusi dua posting di laman Instagram miliknya.

“Elok Di Baling Batu Panas Kau Ni…” – Buat Kesekian Kalinya, Kak Lina Pom Pom Tempelak Bekas Suami!

“Elok Di Baling Batu Panas Kau Ni…” – Buat Kesekian Kalinya, Kak Lina Pom Pom Tempelak Bekas Suami!

Ads

Terbaru, Elly turut memuat naik satu lagi entri lebih kurang sama. Kali ini, dia mengakui tidak perlu menggunakan ayat suci atau agama untuk menampakan dirinya hebat kerana dia bercakap mengenai hal yang benar.

Pada masa sama, Elly menerusi ruangan kapsyen turut menambah;

Ads

“Bila nak kawin byk kali & nak ada anak berderet, pastikan kamu mampu. Jgn kerana nafsu serakah kamu, anak jadi mangsa. Ada ke tunggu mewah baru boleh bagi nafkah .. Elok di baling batu panas kau ni.

 

“Ayat kebodohan tingkat berapa ni,” tulisnya bersama foto luahan yang turut disertakan. 

“Elok Di Baling Batu Panas Kau Ni…” – Buat Kesekian Kalinya, Kak Lina Pom Pom Tempelak Bekas Suami!

Ads

Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Azmi selepas itu mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Syafinaz Tegas Jawab Isu Komen Terhadap Nubhan, Minta Netizen Jangan ‘Over...

Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
error: Hello. Cannot.