Seperti yang sedia maklum, artis versatil Elly Mazlein atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.
Tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai lelaki yang kini sedang bertakhta di hati, Elly hanya berkongsi lelaki itu lebih muda dari usianya selain berasal dari Pantai Timur.
Malah, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut pada tahun 2020.
Perkara tersebut telah dikongsikannya menerusi temu bual bersama media, tidak lama dulu.
Ads
Lalu, di entri terkini penyanyi berusia 38 tahun itu, dia kini dilihat sering memberi kredit buat servis yang akan terlibat dalam hari bahagianya kelak.
“Si baju hitam helok ituhhhh bkn papa #AwanNano ye Alhamdulillah.. kek utk #Majlis #Merisik nnti , Papa #AwanNano & kakak lina pilih @madaboutcake_official," tulis Elly sambil disusuli dengan tanda palang #Merisik #Bertunang & PC #MalamBerinai #NikahSanding dan #MajlisSambutMenantuDiKualaKrai.
A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on Sep 26, 2019 at 7:42pm PDT
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata itu dipermudahkan.
Ads
Elly diijakabulkan bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2 dalam perkahwinan pertama.
Membawa watak sebagai Siti dalam filem seram terkini, Dendam Pontianak, Shenty Feziliana mengakui pada awalnya dia ragu-ragu apabila diminta melakonkan babak intim bersama Remy Ishak.
Namun akur dengan kepentingan babak tersebut yang disifatkan sebagai pemangkin utama kepada kebangkitan dendam Pontianak iaitu Mina lakonan Nur Fazura.
“Waktu pertama kali mendapat skrip, saya mulanya agak terkejut dengan babak itu.
“Memang agak risau dan saya telah berbincang dengan penerbit untuk mengetahui sejauh mana seriusnya babak ini.
“Tapi pihak produksi menjelaskan babak itu akan direalisasikan dengan trik kamera.
“Malah saya dan Remy juga telah berbincang untuk menetapkan batasan antara kami berdua. Sebelum ini hubungan kami sebagai rakan artis ibarat abang dan adik, jadi tiada rasa kekok dan masing-masing melakukan tugas dengan profesional.
“Babak ini sangat penting kerana ia yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan pontianak,” ulasnya ketika ditemui pada Tayangan Perdana Dendam Pontinanak di Cineplexes Damansara, eCurve.
Akur dengan stigma masyarakat, kata pelakon dari Singapura ini, dia sedia menerima kritikan penonton, namun berharap agar mereka memahami tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
“Saya tahu batasan diri. Asalkan kami berdua selesa jadi tiada masalah dengan babak itu.
“Semuanya untuk menghidupkan jalan cerita,” jelasnya lagi.
Dendam Pontianak merupakan sebuah filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang berkisar pada zaman 60-an dan bakal menemui penonton bermula 12 September ini. Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan dendam Pontianak.
Antara barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid dan Namron.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengumumkan mengenai kelahiran anak pertamanya beberapa hari lalu, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi pengalaman saat bersalin permata hatinya yang diberi nama Seth Uwais Haris Idraki itu.
Dilahirkan pada 31 Ogos 2019, kira-kira jam 11:43 malam secara C Section, bayi lelaki seberat 2.88 kilogram dilahirkan secara pembedahan C kecemasan (emergency C Section) dan penyanyi Patah Seribu ini ada berkongsi rasa di Instagram.
“Assalamualaikum semua, sorry sangat tak dapat balas msg satu2. Sha baru dapat baca semua ni. Baru dapat nak jalan Sikit2 as I’ve been on drugs these few days kan.
“Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy. Sha just tak dapat nak bf betul2 lagi sebab c section ji Sgt tak selesa nak bf. Hari ni gagahkan diri juga utk bangun. Keluar kan Segala tiub from my body.
“Kalau ada tips on post c section boleh la Korang share dgn sha Korang punya experience,” tulisnya.
“Anyways banyak orang Tanya kenapa sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh sha failed utk dilate sampai habis walaupun dah Di induced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon.
“Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night. And I’ve been contracting tinggi sangat2. Before amek Pitocin sha buka 4cm je so me and haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.
“Tak sakit Sgt pun bila jarum tu masuk kat belakang, Doctor ckp dengan sha supaya duduk, peluk bantal and jangan gerak. So I didn’t move at all.. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock.
“Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki. Honestly after days of contractions sha rasa relieved Sgt bila dapat epidural tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam proses bersalin tidak dapat juga dilakukan.
“Then sha diberi Pitocin, unfortunately after 2 hours Sha masih tak dilate juga. As sha ada posterior cervix, so dia ke belakang, jadi doctor tanya whether sha nak tunggu lagi 2 hours or C section.
“Sha cakap just buat apa-apa yang boleh save me and the baby sebab badan Sha pun dah sangat penat, and taknak stress kan baby dalam perut as masa tu kita suspect whether tali pusat dia terbelit kat leher, or tali pusat dia pendek.
“So sha cakap kita go on with emergency C section. Nurses pun terus tolong sha prepare utk masuk OT (bilik pembedahan). After 20 minutes macam tu, sha pun masuk OT ditemani oleh haris.
“Kesian betul dia pun penat. Then doctor cakap kena tambah more drugs kat sha punya epidural punya tube tu. Something stronger as the doctor going to cut me open kan, so Sha agreed.
“Lepas dah tambah, as the doctor swipe antiseptic ke apa yang colour orange merah tu, I can still feel the cold cotton lalu kat my lower abdomen tu sebelum doctor nak potong. Then Sha cakap dengan doctor, doctor cakap kalau macam ni we have to give you GA (General anaesthesia) la.
“Adoi nervous gila time tu, sebab sha memang seriau nak masuk masuk tiub kat tekak ni, takut damage my vocal cord ke apa (sampai skrg rasa sakit kat area tekak) tapi sha dah redha and TAWAKAL.
“Sha pegang tangan Haris, Sha mengucap. Lepas tu kena sedut gas tu. Then after 30 minutes kot, sha baru terjaga kat recovery room,” jelas Shila panjang lebar.
Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Adam Lee mengakui dia perlu bersikap tegas ketika melatih isterinya, aktres Sweet Qismina, sepanjang proses penurunan berat badan yang dilakukan secara konsisten tanpa menggunakan jalan pintas.