Ads

Elly Mazlein Hadiahkan Bapa Kereta Mercedes-Benz

Sesungguhnya jasa ibu dan bapa yang membesarkan anak-anak dari kecil hingga dewasa tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Menurut satu sumber, penyanyi dan pelakon wanita, Elly Mazlein juga mengakui bahawa setiap pengorbanan kedua-dua orang tuanya tidak akan dapat dibalas namun baginya setiap pemberian yang diberi itu adalah bertujuan sebagai menunjukkan tanda kasih sayang kepada mereka.

Elly bakal membuat kejutan kepada bapanya yang dijadualkan pulang daripada menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz yang bernilai lebih daripada RM200,000.

Elly Mazlein Hadiahkan Bapa Kereta Mercedes-Benz

Bagi Elly, apa yang dihadiahkan buat bapa ini sangat kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan dan jasa selama ini.

Ads

“Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Elly lagi, pemberian ini bukan sebagai hadiah hari jadi bapa namun ia adalah sekadar kejutan buat bapa tercinta.

Elly Mazlein Hadiahkan Bapa Kereta Mercedes-Benz

Ibu bapa memang tidak akan meminta apa-apa daripada anak mereka namun sudah cukup untuk membuatkan meraka bahagia apabila melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.

Ads

Walau bagaimanapun kita sebagai anak pasti sedikit sebanyak mahu memberi sedikit kemawahan kepada ibu dan bapa yang selama ini sudah membanting tulang dan bersusah payah membesarkan kita.

Sesungguhnya ibu dan bapa itu merupakan harta yang paling berharga dan nyawa mereka tiada ganti. Selagi mereka masih bernafas, cubalah untuk membuat mereka bahagia. Tidak perlu wang ringgit namun cukup dengan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak.

Elly Mazlein Hadiahkan Bapa Kereta Mercedes-Benz

Ads

Sedikit info tentang Elly, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina bin Syed Hanafi ini dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Slim River, Perak.

Anda mungkin berminat dengan

Elly mula dikenali dalam industri seni sebagai seorang penyanyi dan kemudiannya lebih menyerlah sebagai seorang pelakon. Namun begitu ada suatu ketika dirinya sedikit tenggelam dalam industri yang semakin meriah dengan kelahiran artis-artis baru.

Namun begitu, namanya mula menjadi sebutan semula setelah memasuki pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim yang ketiga. Semenjak daripada itu dirinya semakin menyerlah kembali di dalam industri.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Rasanya Dah Boleh Berhenti Bertanya…,” – Fasha Sandha Enggan Ulas Imej...

Pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut mengenai imej tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.
error: Hello. Cannot.