Isu artis kena kecam bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam media sosial masa kini.

Kadang-kadang MH sendiri pelik dengan segelintir netizen yang suka mengecam para selebriti. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

Baru-baru ini, MH terlihat posting pelakon popular, Siti Elizad di akaun Twitternya meluahkan rasa geram terhadap seorang netizen yang dikatakan telah menghina fizikal badannya dengan mengatakan dirinya kurus seperti papan.

IKLAN

Menurut perkongsian Elizad itu, dia tidak kisah jika dia dihina dengan perkara lain cuma jangan sesekali menghina keluarga atau fizikalnya.

Dalam perkongsian pelakon ini juga, Elizad turut berkongsi screenshot akaun Instagram netizen yang dikatakan menghina dirinya itu.

IKLAN

Elizad Berang & Dedah Wajah Individu Hina Fizikalnya

Aduh pelik betul MH, ada saja yang nak dikecam sampai bentuk badan orang lain pun jadi masalah di mata dia.

IKLAN

Sabar la ye Elizad, mulut manusia ni memang susah untuk kita tutup. Biarkan apa orang nak kata yang penting bagi MH Elizad tetap cun!

Sumber: Twitter Siti Elizad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI