Elisya Sandha ‘Fit’, Baru 2 Bulan Bersalin Sudah Jogging, Peminat Puji Semangat Ibu Muda!

Share

Perkongsian video daripada pelakon Elisya Sandha di Tik Tok mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.

“Me and my Bunga,” tulis ringkas Elisya pada ruangan kapsyen.

Video tersebut merakamkan aksi Elisya yang berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di sebuah kawasan perumahan lalu melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang dilihat sedang lena tidur.

@elisyasandhaaa Me and my Bunga ❤️ #fyp #bungaelhaq ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat adik kepada pelakon Fasha Sandha ini yang kekal aktif bersenam meski baru dua bulan melahirkan Bunga secara pembedahan.
Elisya berkahwin dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021 dan Bunga dilahirkan pada 18 Jun 2022.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun ditonton lebih 1.5 juta kali bersama ratus reaksi yang diterima pada ruangan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN